Motosikal

Jadi Pemilik Yamaha Y125ZR Edisi Terhad MotoGP – RM8,846

Yamaha Y125ZR dan MotoGP kedua-duanya mempunyai pengikut yang ramai di Malaysia. Jadi, bersempena dengan perlumbaan MotoGP Malaysia yang akan berlangsung pada Oktober nanti, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan Y125ZR MotoGP Edition.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Model edisi terhad ini didatangkan dengan tema Movistar ikonik seperti yang digunakan oleh pasukan Yamaha dalam MotoGP, serta plak nombor siri pada bahagian hadapan.

125ZR_0023

Bukan itu sahaja, pemilik juga akan mendapat set kotak istimewa yang mengandungi baju Y125ZR, sarung lengan dan kad gambar model tersebut. Sijil asli yang tertera nombor unik casis dan nombor enjin turut disertakan.

125ZR_0021

Y125ZR edisit MotoGP ini boleh didapati di pusat-pusat pengedar bertauliah HLYM di seluruh negara dengan harga RM8,846.76 (tanpa cukai jalan, nombor plat dan insurans).

 

Y15ZR Movistar WebBnr

 

Previous post

Pelumba Bersedia Galas Cabaran Vios Challenge

Next post

Honda CR-V Terima 1,400 Tempahan Dalam Tempoh Seminggu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *