Berita Auto

Honda CR-V Terima 1,400 Tempahan Dalam Tempoh Seminggu

Honda CR-V baharu yang dilancarkan pada 12 Julai lalu nyata memberi impak kepada segmen SUV tempatan apabila berjaya menerima 1,400 tempahan dalam tempoh hanya satu minggu. Jumlah tersebut jauh melebihi sasaran jualan CR-V yang ditetapkan pada tahap 700 unit sebulan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Daripada empat varian yang ditawarkan, varian tertinggi iaitu 1.5 Turbocharged Premium 2WD menjadi pilihan paling popular apabila mencapai 40% daripada jumlah keseluruhan tempahan, diikuti dengan varian 1.5 Turbocharged 2WD dengan 31%, 2.0 i-VTEC 2WD dengan 20% dan selebihnya varian 1.5L Turbocharged 4WD.

Secara keseluruhannya, 80% daripada jumlah tempahan adalah untuk varian-varian turbo, menunjukkan penerimaan yang semakin meningkat di kalangan pembeli kenderaan di Malaysia. Warna pilihan ramai adalah Lunar Silver Metallic (30%) serta warna baharu iaitu White Orchid Pearl (27%).

Honda CR-V Launch 04

Selain di Kuala Lumpur, CR-V turut dilancarkan secara serentak di Kuching bagi memperluaskan bahagian pasarannya di Malaysia Timur. di mana varian Premium sekali lagi menjadi pilihan pelanggan dengan tempahan sebanyak 38%.

Walaupun mendapat permintaan yang tinggi, Honda Malaysia akan memastikan tempoh menunggu bagi CR-V berada dalam satu hingga dua bulan, tanpa menjejaskan kualiti. Syarikat tersebut mensasarkan untuk menyerahkan kenderaan kepada pelanggan yang telah membuat tempahan menjelang September ini.

Previous post

Jadi Pemilik Yamaha Y125ZR Edisi Terhad MotoGP - RM8,846

Next post

Renault Koleos Kini Hadir Dengan 4WD Untuk Pasaran Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *