Cerita Auto

Pelumba Bersedia Galas Cabaran Vios Challenge

Dengan kemahiran yang dipelajari serta sijil kelayakan dari Toyota Racing Development (TRD) dari Jepun, seramai 24 orang pemandu perlumbaan kini telah tamat pengajian mereka di ‘sekolah perlumbaan’ Vios Challenge dan bersedia untuk mempamerkan bakat dan pengalaman yang ditimba itu di dalam perlumbaan sulung Vios Challenge yang akan berlangsung pada 12 dan 13 Ogos akan datang.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Para pelajar yang telah menamatkan pengajian dan menerima sijil mereka daripada Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran Kurusamy terdiri daripada lapan pelumba selebriti termasuk pelakon Fattah Amin, Diana Danielle, Shukri Yahaya dan Janna Nick, penyanyi Geraldine Gan dan Danny Koo, penulis blog Venice Min serta ‘beatboxer’ Shawn Lee.

Turut menerima sijil ialah Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama yang akan menyertai para selebriti di dalam Kategori Promosi.

Vios 2

Untuk menyediakan sebuah platform perlumbaan yang sama rata dan selamat, serta memberikan pengalaman menonton yang lebih mengujakan kepada peminat, siri perlumbaan Vios Challenge akan dibahagikan kepada tiga kelas perlumbaan.

10 pelumba akan bersaing di dalam Kategori Super Sporting manakala 17 pelumba lagi akan bersaing di dalam Kategori Sporting. Baki 10 orang pelumba yang lain pula akan menyertai Kategori Promosi. Setiap kategori akan mempunyai dua pusingan, dengan mata akan diberikan bagi kedudukan tertinggi untuk setiap pusingan.

Vios 3

Litar berjarak 1.65 km yang direka khusus di Batu Kawan mempunyai reka bentuk seperti stereng lumba, sembilan selekoh serta laluan lurus sepanjang 165 m. Para peserta akan berlumba mengikut arah pusingan jam.

Perlumbaan Vios Challenge akan menjadi acara utama di Festival Toyota GAZOO Racing (TGR) yang akan diadakan pada 12 dan 13 Ogos di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang. Festival berkenaan yang turut dibuka kepada umum secara percuma menyediakan pelbagai aktiviti menarik termasuk pertunjukan drift, persembahan selebriti, trak makanan, sesi pandu uji dan penampilan istimewa model terbaru akan datang, Toyota C-HR.

Vios

Previous post

Renault Mengesahkan Cita-Cita Pertumbuhannya Untuk Tahun 2017

Next post

Jadi Pemilik Yamaha Y125ZR Edisi Terhad MotoGP - RM8,846

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *