Kembara Sejauh 1,600 km Dalam Tempoh Kurang 24 Jam
Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) dengan kerjasama Petron Malaysia, telah menganjurkan Cabaran 1,600KM Modenas Dominar D400 pada 18 November 2021 yang lalu. Ia dianjurkan khusus bagi menguji ketahanan mental dan fizikal para penunggang serta keupayaan motosikal Modenas Dominar D400 yang telah dinaiktaraf. Pada 18 November 2021 tepat jam …
Motosikal Elektrik VMoto Stash Buat Kemunculan Di EICMA 2021
Pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari Australia iaitu VMoto Soco Group telah memperkenalkan motosikal elektrik baharunya yang dikenali sebagai Stash di EICMA 2021 baru-baru ini, sekaligus menandakan kemasukannya ke segmen elektrik premium. Model ini akan ditawarkan di pasaran Eropah dan Amerika Utara di bawah jenama VMoto. Direka oleh studio C-Creative yang …
Yamaha Tracer 9 GT Dilancarkan – Harga Dari RM69,498
Selepas melancarkan Yamaha MT-09 kira-kira dua minggu yang lalu, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) kini memperkenalkan pula model sports touring Yamaha Tracer 9 GT yang tiba sebagai pengganti Tracer 900 GT. Model baharu ini dikuasakan oleh enjin CP3 tiga silinder bersesaran 889 cc yang menghasilkan 117 hp pada 10,000 rpm …
Isu Kapcai Kembali Hangat Dengan Satu Lagi Cadangan Untuk Ia Diharamkan
Seorang perancang pengangkutan, Wan Agyl Wan Hassan, mencadangkan agar motosikal “kapcai” dikeluarkan secara berperingkat daripada pasaran dan digantikan dengan motosikal elektrik berkuasa rendah. Beliau menyifatkan motosikal “kapcai” ini sebagai “jentera pembunuh” berdasarkan kadar kematian penunggang membabitkannya yang tinggi. Walau bagaimanapun, difahamkan, pihak kerajaan Malaysia masih belum memberikan maklum balas terhadap …
Beli Vespa Dengan Pelan Pembayaran Mudah 0% Di Dreamshop
Buat pertama kali di Malaysia, pelanggan boleh membeli Vespa secara dalam talian menerusi platform e-dagang www.dreamshop.com.my dengan pelan pembayaran mudah 0% dan pelbagai tawaran menarik. Kerjasama ini menandakan ketibaan Vespa dalam ruangan e-dagang, sekaligus memberikan kemudahan dan nilai membeli belah tambahan buat pelanggan dalam talian. Juan Chow Wee, Pengurus Besar …
Ducati Streetfighter V4 SP – Lebih Ringan, Lebih Agresif
Ducati telah memperkembangkan barisan model Streetfighter V4 menerusi pengenalan varian baharu yang dikenali sebagai Streetfighter V4 SP. Membawa ‘Fight Formula’ ke satu tahap yang lebih tinggi, versi SP ini hadir dengan pelbagai penambahbaikan mekanikal serta komponen gentian karbon bagi membantunya mengurangkan berat. Secara asasnya, ia adalah Panigale V4 SP tanpa …
Yamaha Ego Gear Baharu Dilancarkan Pada Harga RM5,418
Selepas Yamaha MT-09, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) kini melancarkan pula model skuter baharu iaitu Yamaha Ego Gear. Boleh didapati dalam warna perak, merah dan biru, model ini dijual pada harga RM5,418.62 tidak termasuk pendaftaran dan insurans. Ego Gear dikuasakan oleh enjin BlueCore silinder tunggal bersesaran 125 cc dengan teknologi …
Yamaha MT-09 Baharu Kini Di Malaysia – RM54,998
Seperti yang dijanjikan ketika pelancaran TMAX 560 pada bulan lalu, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) akhirnya melancarkan Yamaha MT-09 versi baharu untuk pasaran Malaysia. Dari segi reka bentuk, MT-09 kini tampil dengan lampu LED tunggal seperti ‘cyclops’ yang diapit oleh sepasang lampu nyalaan siang, menggantikan lampu berkembar pada model sebelum …
Honda RS-X Dilancarkan Di Malaysia – RM8,688
Model kapcai yang ditunggu-tunggu iaitu Honda RS-X telah dilancarkan secara rasminya oleh Boon Siew Honda. Ia dijual pada harga bermula dari RM8,688 tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans. Menggantikan RS150R, RS-X tampil dengan penggayaan yang cukup agresif dengan badan yang direka secara aerodinamik, lampu LED berkembar dan bahagian ekor …
Ducati Multistrada V4 Pikes Peak Hadir Sebagai Varian Tertinggi
Ducati Multistrada V4 boleh dianggap sebagai motosikal kembara yang sudah sangat hebat namun jika atas sebab-sebab tertentu ia masih tidak cukup bagus, pelanggan kini boleh mendapatkan versi baharu iaitu Multistrada V4 Pikes Peak. Menurut syarikat itu, ia adalah Multistrada yang paling sporty setakat ini dan model yang paling berkuasa dalam …