Motosikal / Lain Lain Roda

Motosikal Elektrik VMoto Stash Buat Kemunculan Di EICMA 2021

Pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari Australia iaitu VMoto Soco Group telah memperkenalkan motosikal elektrik baharunya yang dikenali sebagai Stash di EICMA 2021 baru-baru ini, sekaligus menandakan kemasukannya ke segmen elektrik premium. Model ini akan ditawarkan di pasaran Eropah dan Amerika Utara di bawah jenama VMoto.

Direka oleh studio C-Creative yang berpengkalan di Eropah, Stash hadir dalam bentuk sports tourer yang jelas diinspirasikan daripada Suzuki Katana. Lampu hadapannya mempunyai lampu nyalaan siang berbentuk C ala KTM, manakala tangki minyaknya sebenarnya merupakan ruang storan yang cukup besar untuk memuatkan sebuah topi keledar muka penuh.

Stash dibangunkan sebagai sebuah motosikal yang senang untuk ditunggang dan dikendalikan, dan ini boleh menerusi tempat duduknya yang diletakkan pada ketinggian 785 mm dan juga berat keseluruhannya iaitu hanya 105 kg. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menampung pembonceng dengan selesa. Model ini boleh didapati dalam warna hitam, kelabu dan kuning, ketiga-tiganya dengan rim 17 inci berwarna hitam.

Memacu Stash adalah sebuah motor elektrik 6 kW (8 PS) yang mendapat bekalan kuasanya daripada pek bateri 7.2 kWj. Pek bateri tersebut mampu memberikan jarak tunggangan sejauh 240 hingga 260 km dengan satu cas penuh, dengan syarat motosikal elektrik ini ditunggang pada kelajuan purata 45 km/j. Kelajuan maksimum adalah 105 km/j. Bateri tersebut mengambil masa enam jam untuk mencapai pengecasan penuh dari 0 hingga 100 peratus.

VMoto Stash

Selain itu, ia juga didatangkan dengan fork teleskopik pada bahagian hadapan dan suspensi monoshock pada bahagian belakang, di samping brek cakera pada kedua-dua bahagian. Turut disertakan adalah panel instrumen digital dengan ciri ketersambungan Bluetooth.

Previous post

BMW Concept XM Pratonton BMW M Hybrid Yang Akan Datang

Next post

Proton Akan Akhiri 2021 Dengan Jualan Melebihi 100,000 Unit

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *