Motosikal / Lain Lain Roda

Honda CBR250RR Kini Dalam Edisi Trico – RM25,999

Gabungan warna Tricolour telah menjadi ikon sejak berdekad lamanya sebagai lambang kemegahan teknologi perlumbaan Honda. Diinspirasikan oleh semangat perlumbaan, warna itu diaplikasikan pada pelbagai model motosikal Honda yang berprestasi tinggi, termasuk Honda CBR250RR.

Dikenali secara rasmi sebagai Trico Edition, penggunaan livery ini memperkukuhkan lagi karakter CBR250RR yang direka untuk memberikan kawalan sepenuhnya (total control) kepada penunggang. Ia akan menggantikan warna Winning Red, manakala warna Matte Gunpowder Black Metallic dikekalkan.

Honda CBR250RR Trico Edition

Dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada Disember 2020, CBR250RR dipacu oleh enjin silinder berkembar DOHC bersesaran 250 cc yang menghasilkan 40 hp (30 kW) pada 13,000 rpm dan tork maksimum sebanyak 25 Nm pada 11,000 rpm.

Jentera ini menetapkan penanda aras baharu dalam segmen 250 cc dengan menampilkan ciri Quick Shifter, serta beberapa lagi ciri menarik seperti klac Assist/Slipper, ABS dwi saluran, tiga mod tunggangan (Comfort, Sport dan Sport+), speedometer digital dan lampu LED berkembar.

Boleh didapati menerusi bilik pameran Honda BigWing dan Impian X, CBR250RR Trico Edition dijual pada harga bermula dari RM25,999 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Ia didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 km.

Previous post

Hyundai Palisade Rasmi Dilancarkan - Dari RM328,888

Next post

Adakah Ini Trak Pikap Elektrik Keluaran Toyota?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *