Insuran / Waranti

Liberty Mutual Ambil Alih AmGeneral Insurance Berhad

Penggabungan operasi ini menjadikan Liberty Mutual sebagai Syarikat Insurans Permotoran Terbesar di Malaysia

Liberty Insurance Berhad (LIB), sebuah syarikat subsidiari milik Liberty Mutual Insurance (Liberty), telah menyempurnakan perjanjian untuk mengambil alih AmGeneral Insurance Berhad (AmGeneral) dengan kelulusan daripada pihak berkuasa di Malaysia dan juga termeterainya perjanjian jual beli saham dengan AmBank Group (AmBank). 

Liberty Insurance Berhad (LIB) beribu pejabat di Kuala Lumpur dengan 450 warga kerja dari 6 pejabat serantau dan 24 cawangan di seluruh negara. Mereka menawarkan insurans peribadi, komersial dan produk lain melalui 2,000 ejen insurans, pemegang francais, pengedar kereta dan rakan bankasurans. LIB mahu menyediakan perkhidmatan yang mudah yang boleh diakses dari mana sahaja. 

Dengan perjanjian ini, Liberty Insurance Berhad (LIB) mengambil alih 100% saham AmGeneral. Sebelum ini 51% saham AmGeneral dimiliki oleh AmBank Group dan 49% oleh Insurance Australia Group (IAG). Hasil jualan saham AmBank Group dalam bentuk tunai dan saham bersyarat, menjadikan AmBank Group sebagai pemegang 30% saham perniagaan Liberty Insurance Berhad dan AmGeneral. 

Sebagai sebahagian daripada transaksi tersebut, entiti gabungan yang terhasil akan menjalinkan hubungan kerjasama eksklusif 20 tahun bankasurans bersama AmBank Group untuk menawarkan produk insurans am. Operasi AmGeneral dan Liberty Insurance Berhad bakal digabungkan secara rasmi pada suatu masa yang akan ditentukan kelak.  

Defne-Turkes-Liberty-Mutuals-Global-Retail-Markets-East-President-Chief-Operating-Officer

“Ini merupakan satu saat yang mengujakan bagi Liberty di Malaysia untuk menjadi syarikat insurans permotoran terbesar dan syarikat insurans am terkemuka di Malaysia,”

“Kami maklum dengan kekukuhan francais AmGeneral dan kekuatan warga kerjanya. AmGeneral mempunyai kemahiran dalam menguruskan portfolio insurans permotoran yang besar, dan mempunyai jalinan perhubungan yang kukuh, serta sebuah jenama yang tidak asing lagi dalam kalangan pelanggan dan rakan niaga.”

“Dalam tempoh fasa integrasi ini, kami akan mengenal pasti maklumat dan amalan terbaik daripada kedua-dua belah operasi untuk menghasilkan pengalaman yang lebih bagus untuk para pelanggan dan rakan niaga dari segi nilai, kemudahan dan akses. Saya menantikan saat yang mana kami akan bersama-sama merealisasikan kejayaan yang dicitakan.”

Defne Turkes, Presiden Peruncian Global Pasaran Timur & Ketua Pegawai Operasi Liberty Mutual. 

Mengenai AmGeneral 

AmGeneral telah menawarkan perkhidmatan insurans di Malaysia dengan 1,400 orang kakitangan di 33 buah cawangan. Ia merupakan sebuah syarikat insurans kenderaan bermotor yang menduduki tangga tiga teratas dengan perniagaan yang berkembang maju dengan rangkaian produk-produk tambahan.  Syarikat ini menawarkan produk insurans peribadi dan komersial di bawah jenama AmAssurance dan Kurnia melalui lebih daripada 6,000 ejen, broker, pengedar kereta, francais dan rakan niaga bersekutu, serta menerusi keupayaan langsung dan digital yang berkembang pesat.

Megenai Liberty Mutual Insurance

Di Liberty Mutual, kami percaya bahawa kemajuan akan terhasil apabila orang ramai merasa selamat. Dengan memberikan perlindungan daripada sesuatu yang tidak dijangka dengan sempurna, kami dapat membantu orang ramai menikmati hari ini sambil mengejar masa depan dengan penuh keyakinan. 

Ditubuhkan sejak tahun 1912, dan beribu pejabat di Boston, hari ini kami merupakan syarikat keenam terbesar di dunia bagi insurans hartanah dan kemalangan berdasarkan pemium bertulis kasar tahun 2020. Kami juga menduduki tangga ke-78 di dalam senarai Fortune 100 bagi syarikat korporat yang terbesar di Amerika Syarikat berdasarkan hasil pendapatan tahun 2021. Setakat 31 Disember 2021, kami memperoleh hasil pendapatan tahunan terkumpul berjumlah $48.2 billion. 

Kami juga mempunyai lebih daripada 45,000 warga kerja di 29 negara dan ekonomi di serata dunia. Kami menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan insurans yang luas, termasuk kenderaan peribadi, pemilik rumah, insurans khas, insurans semula, pelbagai bencana komersial, pampasan pekerja, kenderaan komersial, liabiliti am, jaminan, dan hartanah komersial.  

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.libertymutualinsurance.com.

Previous post

Chery LWN Great Wall Motors: Bilangan Eksport S1 2022

Next post

Volkswagen Golf R-Line CKD Berharga RM169,990

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *