Insuran / Waranti

Liberty Insurance Berhad diLancarkan Secara Rasmi di Malaysia

Liberty Insurance Berhad, yang sebelum ini dikenali dengan nama Uni.Asia General Insurance Berhad (UAG) telah dilancarkan secara rasmi hari ini.

Ini berikutan pengambil alihan kepentingan majoriti dalam syarikat oleh Liberty Seguros, anak syarikat Liberty Mutual Group, yang telah siap pada Julai 2014.

Liberty-Pic-1

Bertapak di Amerika Syarikat, Liberty Mutual Group (the Group) ditubuhkan pada tahun 1912, merupakan syarikat insurans global yang disenaraikan dalam syarikat Fortune 100.

Pada tahun 2014, syarikat itu mencatatkan pendapatan sebanyak US$39.6b dan US$124.3b dalam bentuk aset.

Liberty-Mutual1

Pelancaran tersebut dirasmikan oleh Dato’ Haji Kamil Khalid Ariff, Pengerusi Liberty Insurance Berhad.

Turut hadir ialah Luciano Suzuki, Ketua Pegawai Operasi bagi Rantau Asia Pasifik di Liberty International, David Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Liberty Insurance Berhad, dan kumpulan pengurusan kanan syarikat, kakitangan dan rakan perniagaan.

Liberty-Mutual

Dengan penjenamaan semula Liberty Insurance Berhad menambah 638 kakitangan kepada  Liberty Mutual Group yang memberikan jumlah seramai 50,000 kakitangan di lebih daripada 900 buah pejabat di seluruh dunia.

Entiti Malaysia merupakan negara yang ke-30 kumpulan tersebut, yang tersebar di seluruh Asia, Amerika dan Eropah melalui kumpulan antarabangsa dan unit perniagaan strategik global.

Liberty-Pic-2

 

Previous post

Pasaran Jepun Dapat 'Grace Line' 5-Series Edisi Terhad

Next post

Teaser Lotus 3-Eleve

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *