Kemalangan / Rosak / Recall

Taufan Ian Musnah Banyak Supercar Termasuk McLaren P1

Cuaca buruk musnah beberapa supercar mewah yang mahal termasuk McLaren P1 ini yang bernilai USD2.9 juta

Satu lagi fenomena cuaca melampau yang memusnahkan kereta super mewah yang mahal-mahal, dalam kes ini, kita mengharungi Hurricane Ian yang meninggalkan sejumlah besar air selepasnya dan menyebabkan kerosakan banjir pada McLaren P1 ini yang didakwa berharga USD2.9 Juta. Harga yang lebih pada cukup untuk baik pulih satu bandar yang dilanda banjir.

Banjir-Supercars-Hurricane-Ian-3.0

Kerosakan banjir cukup menyakitki pemilik kereta kerana ramai yang tidak rasa perlu untuk mendapatkan perlindungan tambahan insuran bencana & banjir dan walaupun pemilik mempunyai ada perlindungan insuran kerosakan banjir, ia bukanlah penyelesaian yang murah dan dalam kebanyakan kes, adalah lebih baik untuk mendapatkan kereta baharu. Sekarang bayangkan betapa sakitnya apabila kereta anda berharga hampir 3 juta dolar A.S.

Jadi apa jadi sekarang dengan pemilik McLaren yang malang ini dan kecewa ini? Baiklah, kita anggap dia mempunyai insuran kerosakan banjir sebab kalau dia tidak ada, maknanya tidak ada ceritalah untuk kita laporkan, kan? Jadi ya, katakan dia ada insuran banjir.

Kos perlindungan bencana alam termasuk banjir tahun ini (2022) untuk kereta 2.3 liter tahun 2011

Syarikat insurannyalah yang sekarang sakit kepala. Bukan pemilik, dan satu daripada dua perkara boleh berlaku. Senario pertama dan lebih tidak mungkin, syarikat insuran membawa kereta itu balik ke McLaren untuk diperbaiki, yang akan mengambil masa berbulan-bulan atau bahkan setahun atau lebih bergantung pada ketersediaan alat ganti dan sebagainya. Bukan pilihan yang manasabah.

Senario kedua ialah syarikat insuran sama ada akan menanggung jumlah kos atau sebahagian besar kos (tertakluk kepada harga perlindungan yang telah dipersetujui) untuk membeli model baharu McLaren P1 yang sama dengan semua spesifikasi dan alat tambah yang sama atau sekurang-kurangnya sedekat yang mungkin dengan model yang rosak. Ini akan mengambil masa yang lebih singkat dan dengan itu adalah langkah yang lebih berkemungkinan.

Jika ini yang berlaku, maka semua orang win kecuali syarikat insuran kerana pemilik mendapat kereta baharu secara percuma atau untuk sebahagian kecil daripada harga. Pengeluar kereta, McLaren dapat menjual lebih banyak kereta dan seterusnya memperoleh lebih banyak pendapatan tetapi syarikat insurans tidak dapat membeli sebaliknya mengeluarkan sejumlah besar wang tunai untuk menghormati komitmen mereka kepada pelanggan mereka.

Adakah anda mempunyai pendapat tentang perkara ini? Mungkin anda pernah menghadapi situasi yang sama pada masa dulu dan cukup bernasib baik kerana mempunyai insurans yang melindungi kerosakan atau mungkin anda tidak menganggap banjir suatu ancaman yang akan berlaku sehingga ia melanda dan anda terpaksa menanggung kos pembaikan/kereta baharu semua sendiri?

Walau apa pun, ini sepatutnya menjadi pelajaran yang baik untuk sentiasa ada perlindungan insuran yang diperlukan kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Kami ingin mengingatkan semua supaya sentiasa selamat di atas dan di luar jalan dan sentiasa … sekali lagi, pastikan anda ada perlindungan insuran.

Previous post

Radar RD6 Baharu Yang Pertama Akhirnya Siap Keluar Dari Kilang

Next post

Belum Public Listed Sudah Memberhentikan 10% Kakitangannya

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *