Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

MAN Malaysia Serah 7 Unit Trak Baharu Kepada Pelanggan

MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MAN Malaysia) baru-baru ini menyerahkan kumpulan pertama MAN Truck Generation Baharu kepada pelanggan terawalnya di sebuah majlis khas di kilang pemasangannya di Serendah, Selangor.

Tujuh buah MAN Truck Generation Baharu, setiap satu dipacu oleh enjin dengan emisi rendah yang memenuhi standard Euro V, telah diserahkan kepada enam buah syarikat pengangkutan, dua daripadanya merupakan pelanggan MAN yang baru.

Pengarah Urusan MAN Malaysia, Andrew O’Brooks berkata, “Pada November 2021, MAN menjadi pengeluar trak yang pertama di Malaysia yang menawarkan enjin Euro V sebagai standard untuk seluruh portfolio produk syarikat.

Ini merupakan satu langkah berani apabila kami memberi cabaran kepada syarikat pengangkutan di Malaysia untuk menyertai perjalanan dan menerajui usaha mengurangkan pelepasan karbon.”

Tambah Andrew lagi, sambutan yang diterima dari pasaran juga memberangsangkan, menunjukkan bahawa syarikat pengangkutan di Malaysia sanggup mengambil bahagian dalam usaha negara mencapai status neutral karbon menjelang tahun 2050.

Berikut adalah enam syarikat pengangkutan yang menjadi pelanggan terawal MAN Truck Generation Baharu:

  • LTS Distribution (M) Sdn Bhd – MAN TGS 4X2
  • Sim Aik Chan Trading Sdn Bhd – MAN TGS 6X4
  • Sea Hawk Global Lines Sdn Bhd – MAN TGX 6X4 dan MAN TGS 6X2
  • Timur Permai Haulage Sdn Bhd – MAN TGS 6X2
  • Rani Transport Sdn Bhd – MAN TGS 4X2 dengan spesifikasi ADR (Agreement Concerning the International Carriage of Dangerous Goods by Road)
  • Globonus Sdn Bhd – MAN TGS 6X2 dengan spesifikasi ADR

MAN Truck Generation Baharu dengan enjin Euro V sebagai enjin standard merupakan rangkaian produk serba baharu yang menerajui pencapaian keselesaan memandu, kecekapan penggunaan bahan api, sistem bantuan, rangkaian digital dan yang paling penting, kemampanan.

Previous post

Yamaha MT-09 Kini Dalam Warna Tech Black Dan Cyan Storm

Next post

PM Umumkan Tambang Percuma Untuk RapidKL Selama Sebulan Mulai Hari Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *