Motosikal / Lain Lain Roda

Suzuki Malaysia Siar Teaser Raider R150 Fi – Harga Sekitar RM8,XXX

Ia bukanlah satu rahsia yang Suzuki Malaysia akan melancarkan bukan satu atau dua, tetapi tiga model underbone ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Terkini, syarikat itu telah menyiarkan teaser untuk model Belang yang akan dikenali secara rasmi sebagai Suzuki Raider R150 Fi.

Seperti yang boleh dilihat, model yang diberi jolokan ‘Underbone King’ itu dijangka dijual pada harga sekitar RM8,000. Tarikh sebenar pelancarannya masih belum diumumkan, namun pelanggan kini boleh mendaftar minat mereka di laman web Suzuki Malaysia atau kunjungi mana-mana pengedar Suzuki bertauliah yang berdekatan.

Dari segi spesifikasi, Raider R150 Fi dikuasakan oleh enjin sejukan cecair, DOHC silinder tunggal bersesaran 147.3 cc yang mampu menjana 18.2 hp pada 10,000 rpm dan 13.8 Nm pada 8,500 rpm. Berdasarkan spesifikasi versi pasaran Indonesia, di mana ia dikenali sebagai Satria F150, model ini juga dijangka hadir dengan fork teleskopik, rim berukuran 17 inci serta brek cakera pada bahagian depan dan belakang.

Suzuki Malaysia sebelum ini menyiarkan teaser untuk dua lagi model 150 cc iaitu GSX-R150 dan GSX-S150. Kedua-dua model ini dikuasakan oleh enjin 147.3 cc DOHC silinder tunggal yang menghasilkan 19 hp pada 10,500 rpm dan 14 Nm dan 9,000 rpm, cuma bezanya GSX-R150 didatangkan dengan fairing penuh manakala GSX-S150 pula merupakan model naked.

Harga jangkaan asas untuk GSX-R150 ialah sekitar RM11,000 manakala harga GSX-S150 pula sekitar RM10,000.

Previous post

SAIC Merancang Menjual 120,000 Kenderaan Di Eropah Pada 2022

Next post

Bantuan Untuk Yang Kena Langgar Mereka Yang Tidak Mahu Bayar

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *