Kemalangan / Rosak / Recall

Bantuan Untuk Yang Kena Langgar Mereka Yang Tidak Mahu Bayar

Cara-Cara Buat Tuntutan Untuk Bantuan Kecederaan Jika Kenderaan Yang Melanggar Tidak Mahu Bayar Dan/Atau Tidak Ada Insuran

Hari-hari kita dengar cerita tentang kemalangan ngeri di jalanraya. Sedih dan membimbangkan. Lebih-lebih lagi pada zaman social media ini, gambar-gambar ngeri mayat-mayat yang bergelimpangan terlalu sangat suka di kongsi. Kepada anda yang berbuat demikian, hentikanlah menyebarkan gambar-gambar mereka yang sudah meninggal dunia. Hormatilah mereka yang sudah pergi dan keluarga mereka.

kemalangan-triton-starex-2.0

Saya melencong.

Soalan hari ini ialah, kalau kita cedera dilanggar dengan kenderaan yang tidak ada insuran atau pun jika yang melanggar kita tidak bertanggungjawab, tidak mahu bayar dan tidak mengaku bersalah?

Patutkah anda yang mengeluarkan wang sendiri untuk merawat kecederaan yang menimpa diri anda disebabkan kecuaian dan kesalahan orang lain?

Pada zaman bantuan sana, bantuan sini, ini, adakah bantuan untuk mereka yang dalam situasi ini?

ADA! Jika dan kalau anda ditimpa malapetaka seperti ini anda boleh minta bantuan dari …

Motor Insurers’ Bureau (MIB). Motor Insurers’ Bureau ialah dana khas yang melindungi pengguna jalanraya yang dilanggar kenderaan yang tidak mempunyai insuran. Dana ini adalah dari sumbangan syarikat-syarikat insuran negara kita. Setiap tahun syarikat insuran diwajibkan mencarum ke dalam Motor Insurers’ Bureau ini.

Anda boleh membuat tuntutan dengan Motor Insurers’ Bureau tetapi, sudah tentu, ada syarat-syaratnya:

  • Tuntutan Motor Insurers’ Bureau boleh dibuat sendiri atau melalui peguam.
  • Kes langgar LARI tidak diterima Motor Insurers’ Bureau. Anda mesti tahu nombor plet kenderaan yang melanggar.
  • Tuntutan mesti buat dalam masa 3 tahun kejadian.
  • Kali kita lantik peguam untuk menyaman kenderaan tu, Motor Insurers’ Bureau mesti dimaklumkan 30 hari sebelum memfailkan saman.
  • Motor Insurers’ Bureau hanya akan membayar untuk kecederaan sahaja. Kenderaan, harta benda, hilang pendapatan dan sebagainya tidak dilindungi.
  • Jumlah bayaran akan ditentukan oleh Motor Insurers’ Bureau sendiri.

Dokumen yang anda perlu sediakan dan kemukakan kepada Motor Insurers’ Bureau:

  • Surat kepada Motor Insurers’ Bureau mengandungi butiran kejadian dan sebab untuk tuntutan.
  • Laporan polis.
  • Laporan polis kenderaan yang melanggar (jika ada).
  • Laporan perubatan.


Hantar dokumen di atas kepada:

Motor Insurers’ Bureau of West Malaysia
Wisma PIAM
No.150-3, 3rd Floor
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7395
Fax: 03-2274 5910

Previous post

Suzuki Malaysia Siar Teaser Raider R150 Fi - Harga Sekitar RM8,XXX

Next post

Pusat 3S Pertama Peugeot Dilancarkan Di Glenmarie

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *