Khidmat Masyarakat

Perodua Bantu Pengedar Sri Lanka Ketika Negara Mereka Berkrisis

Perodua menghulurkan bantuan kepada rakan kongsi mereka sejak 1995 di Sri Lanka, Unimo Enterprises.

Perodua telah wujud sejak 1993 dan selepas 2 tahun mereka mula bekerjasama dengan Unimo Enterprises Limited untuk mengedarkan kenderaan mereka di Sri Lanka. Malangnya, keadaan ekonomi di Sri Lanka telah merosot secara drastik beberapa tahun kebelakangan ini.

Krisis kewangan Sri Lanka bermakna pembekuan import sejak 2020, sehingga penjualan kenderaan Perodua di sana dihentikan . Pada mulanya, Sri Lanka merupakan pasaran eksport CBU terbesar Perodua. Ketika ini, rakyat Sri Lanka tidak dapat membeli makanan dan keperluan harian kerana negara mengalami situasi ekonomi yang terburuk kedua dalam sejarah. Selama ini Perodua meraikan tahun jualan terbaiknya dalam sejarah hampir keseluruhannya disebabkan oleh jualan domestik.

“Krisis kewangan di Sri Lanka juga telah membawa kepada kesukaran hidup dan kami bersyukur kerana kami kini dapat menghulurkan bantuan kepada rakan kongsi kami di sana,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.

Dato Zainal Abidin Perodua CEo

Untuk membantu rakan kongsi mereka, Perodua telah menghantar bantuan kepada 171 kakitangan Unimo Enterprises Limited. Kakitangan telah diberikan baucar membeli-belah yang boleh digunakan untuk membeli keperluan harian.

“Kami memilih baucar beli-belah kerana ini adalah cara paling berkesan untuk membantu kakitangan Unimo mendapatkan keperluan harian dan berharap keadaan di sana akan bertambah baik,” kata Dato’ Sri Zainal.

Perodua Sri Lanka Bantuan 2.0

Berikut ialah siaran media Perodua:

Perodua hantar bantuan kepada rakan niaga di Sri Lanka

Kuala Lumpur, 16 Dis: Perodua telah menghantar bantuan kepada kakitangan wakil pengedarnya, Unimo Enterprises Limited, di Sri Lanka ketika negara kepulauan itu bergelut dalam pemulihan krisis kewangan yang berterusan yang menyaksikan pembekuan import sejak 2020.

Larangan import ini telah menghentikan penjualan kenderaan Perodua di Sri Lanka, yang sebelum ini merupakan pasaran eksport CBU terbesar pengeluar kereta kompak itu. Pada penghujung 2019, model terlaris Perodua di Sri Lanka ialah Bezza 1.0L.

“Krisis kewangan di Sri Lanka juga telah membawa kepada kesukaran hidup dan kami bersyukur kerana kami dapat menghulurkan bantuan kepada rakan kongsi kami di sana,” Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata.

Perodua telah menghadiahkan baucar kepada 171 pekerja Unimo sebagai bantuan dalam tempoh yang sukar ini.

“Kami memilih baucar membeli-belah kerana ini adalah cara paling effektif untuk membantu kakitangan Unimo mendapatkan keperluan harian dan kami berharap keadaan di sana akan bertambah baik,” kata Dato’ Sri Zainal.

Unimo Enterprises Limited ialah wakil pengedar Perodua di Sri Lanka sejak tahun 1995.

Previous post

Saham DRB-Hicom Melonjak Apabila Syed Mokhtar Merancang Membelinya

Next post

Respon Volvo C40 Recharge Online Semakin Popular

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *