Hibrid, Elektrik, Hidrogen

BMW Malaysia Tambah Dua Pengecas Pantas Di Kawasan Utara

BMW Group Malaysia baru-baru ini telah melancarkan dua Pengecas Pantas DC di Tian Siang Premium Auto Butterworth dan Tian Siang Premium Auto Ipoh, sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan infrastruktur pengecasannya yang sejajar dengan komitmen Malaysia untuk meningkatkan penerimagunaan mobiliti berelektrik.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Pelan pengembangan rangkaian infrastruktur pengecasan kami di Malaysia sedang berjalan dengan jayanya, dan 8 fasiliti BMW i Charging telahpun diperkenalkan di pusat-pusat pengedaran BMW yang bertauliah pada suku pertama tahun 2022 sahaja.

Dengan menangani isu lazim berkait dengan pemilikan kenderaan elektrik (EV) di samping melaksanakan gagasan elektro kami untuk tahun ini, kami berharap perspektif warga setempat terhadap mobiliti elektro akan menjadi lebih positif.”

Tan Ka Kin, Prinsipal Pengedar Tian Siang Premium Auto menambah, “Sebagai wakil pengedar BMW i yang bertauliah di rantau utara Malaysia, kami berasa teruja untuk meluaskan lagi aksesibiliti para pelanggan dan komuniti pemilik EV yang kian berkembang di Pulau Pinang dan Perak.”

Tambah beliau, pelancaran Pengecas Pantas DC yang baharu ini memudahkan lagi syarikat untuk membekalkan Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan buat para pelanggan di sini, di samping fasiliti pengecasan BMW i Charging yang disediakan sebelum ini menerusi kerjasama dengan BMW Group Malaysia di rantau utara.

Kini tersedia untuk kegunaan awam, Pengecas Pantas DC yang baharu di Tian Siang Premium Auto Butterworth dan Tian Siang Premium Auto Ipoh menampilkan dua jenis outlet DC (CCS) yang mampu menyalurkan kuasa setinggi 120kw.

Previous post

Berakhirnya Era Subaru WRX STI Dengan Enjin Pembakaran Dalam

Next post

Kajian Perintis EV Syarikat Indonesia Dengan Mitsubishi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *