Berita Auto

Jeep Meridian Dengan 7 Tempat Duduk Buatan India

Adakah Jeep Meridian akan dilancarkan oleh Stellantis di Malaysia?

Kumpulan automotif Stellantis sedang mengembangkan jangkauannya di India dengan jenama Jeep. Isnin minggu lalu mereka membuat pengumuman bahawa mereka akan melancarkan SUV 7 tempat duduknya, yang dipanggil  ‘Meridian’ pada pertengahan tahun ini di negara itu.

Bukan Carlos Ghosn

Ini akan menjadi Jeep ‘Made in India’ dan akan memperkenalkan nama baharu ‘Meridian’ dan ia akan menjadi tawaran SUV 7 tempat duduk pertama syarikat di negara itu. Pacuan semua roda people mover baharu Jeep ini mewakili komitmen jenama yang penting kepada pasaran India, kata syarikat itu dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Jeep Meridian akan dikenali oleh sesetengah peminat Jeep kerana ia sebenarnya ialah Jeep Compass semasa dengan tempat duduk baris ke-3.

Ini mungkin akan menjadi model Jeep seterusnya untuk Indonesia di mana Jeep menunjukkan prestasi yang sangat baik di sana di mana pengguna menyukai kenderaan 4×4 7 tempat duduk.

Direka bentuk untuk menangani segmen yang semakin berkembang yang didominasi oleh Toyota Fortuner dan Isuzu M-UX, Meridian akan diberi harga yang kompetitif

Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan Stellantis India Roland Bouchara (bukan Carlos Ghosn) berkata perjalanan jenama Jeep, yang diiktiraf di peringkat global untuk SUV berkemampuannya, di India adalah “legenda” dan syarikat itu berharap untuk memperkukuhkan kedudukan itu dengan Jeep Meridian.

“Dibangunkan khusus untuk pelanggan India, kami telah menyampaikan SUV yang canggih dan berkebolehan sedia untuk memanfaatkan peluang tersedia dalam segmen yang unik,” tambahnya.

Beliau turut menekankan bahawa serangan produk syarikat untuk 2022 dan seterusnya akan terus menggambarkan komitmennya kepada India ke arah mengukuhkan kehadiran pasaran, “Jeep Meridian akan terus mendorong daya tarikan jenamanya dan mengubah portfolio produk untuk pasaran India.”

Ketua Jeep India Nipun J Mahajan berkata syarikat itu telah menguji SUV itu di kesemua jenis terrain di India dengan mengembara dari Kashmir ke Kanyakumari, meliputi jarak lebih 5,000 kilometer menguji prestasinya, pada pelbagai parameter kualiti binaan, kejuruteraan dan keupayaan.

Jeep Meridian akan dilancarkan di India dalam beberapa bulan dengan spesifikasi dan harga tempatan akan diumumkan lebih hampir pelancaran.

Jeep India kini menikmati minat yang semakin meningkat dari tahun ke tahun dan pada 2021 mereka berjaya menyerahkan lebih daripada 11,600 unit kepada pelanggan mewakili kenaikan jualan sebanyak 123 peratus daripada tahun sebelumnya, 2020 (yang juga lebih tinggi daripada BMW 8,236, Volvo 1,724 dan Audi 3,300 unit di India). Hanya dua model Jeep dijual di India iaitu Wrangler dan Kompas yang ikonik.

Previous post

Honda CB650R, CBR650R Kini Dengan Pilihan Warna Baharu

Next post

IPO Melibatkan Bahagian EV Lotus Cars Dirancang Dalam Setahun Dua

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *