Uncategorized

Honda Malaysia Lancar Perniagaan Kereta Terpakai (HCUC)

Seperti yang dilaporkan tempoh hari, Honda Malaysia akan menceburi perniagaan kereta terpakai untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan. Hari ini, syarikat itu telah melancarkan Honda Certified Used Car (HCUC) yang membolehkan pelanggan membeli kereta terpakai yang diperakui melalui platform yang boleh dipercayai.

Honda Malaysia memulakan perniagaan HCUC mereka menerusi enam pengedar dari beberapa wilayah iaitu MJN Motors Sdn. Bhd. (Selangor), Tiong Nam Motor (M) Sdn. Bhd. (Selangor), Kah Motor Co. Sdn. Bhd. (Penang), Kah Motor Co. Sdn. Bhd. (Johor), Yong Ming Motor Sdn. Bhd. (Johor) and Chuan Thye Motor Sdn. Bhd. (Pahang).

Menurut syarikat itu, bilangan pengedar HCUC akan ditambah secara berperingkat bagi memenuhi permintaan dalam pasaran kereta terpakai di Malaysia.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata pihaknya komited untuk menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi dan memastikan semua kereta Honda, sama ada baharu atau terpakai, dapat menggembirakan pemilik.

Di bawah HCUC, pelanggan boleh memilih pelbagai jenis model kereta terpakai, semuanya berusia lima tahun dan ke bawah, dengan jarak perbatuan tidak melebihi 100,000 km.

Bukan itu sahaja, Honda Malaysia turut memastikan setiap kereta yang dijual di bawah HCUC telah melalui pemeriksaan ketat 288 poin yang dijalankan oleh Pemeriksa Bertauliah Honda (Honda Certified Inspectors).

Pemeriksaan tersebut meliputi enjin dan transmisi, fungsi, bahagian bawah kenderaan (undercarriage) dan juga kondisi bahagian luaran dan dalaman. Pelanggan juga tidak perlu risau kerana setiap kereta HCUC telah diperakui, dilengkapi dengan alat ganti tulen serta bebas kemalangan teruk dan kerosakan banjir.

Bukan itu sahaja, pelanggan yang membeli kereta terpakai menerusi HCUC berhak mendapat waranti lanjutan selama setahun, di samping waranti sedia ada yang masih sah.

Untuk kemudahan pelanggan, proses pendaftaran kereta akan dilakukan oleh pengedar sah HCUC. Mereka juga boleh menghantar kereta terpakai mereka ke mana-mana wakil pengedar bertauliah Honda di seluruh negara untuk mendapatkan khidmat selepas jualan.

Previous post

IPO Melibatkan Bahagian EV Lotus Cars Dirancang Dalam Setahun Dua

Next post

Baki eWallet Tak Cukup Rupanya...

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *