Berita Auto

Baki eWallet Tak Cukup Rupanya…

Susulan tular gambar yang menunjukkan kesesakan di dua lorong RFID di Plaza Tol Duta menghala Kuala Lumpur pada 21 Februari 2022, PLUS Malaysia Berhad mengesahkan bahawa ia berpunca daripada pelanggan yang tidak mempunyai baki eWallet yang mencukupi.

PLUS dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah mengadakan siasatan untuk mengenalpasti punca kenderaan berbaris panjang di dua lorong RFID sepertimana yang tular di platform media sosial.

“Hasil siasatan mendapati bahawa kesesakan tersebut berpunca daripada beberapa pelanggan yang menggunakan lorong RFID tidak mempunyai baki yang cukup dan pada masa yang sama telah menambah nilai eWallet mereka secara atas talian di lorong tol di antara 8.00 pagi hingga 8.59 pagi iaitu waktu puncak,” katanya.

“PLUS memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi dan mengambil langkah segera membantu pelanggan yang menghadapi masalah agar tidak menghalang laluan kenderaan lain. Orang ramai juga digesa agar sentiasa mematuhi SOP semasa berinteraksi dengan kakitangan PLUS bagi menjaga keselamatan dan kesihatan semua.”

Tambah syarikat itu lagi, untuk perjalanan lebih lancar, pelanggan RFID diingatkan supaya sentiasa menyemak baki eWallet dan Kad Touch ‘n Go untuk transaksi sama ada menggunakan RFID, Kad Touch n’ Go dan SmartTAG.

Previous post

Honda Malaysia Lancar Perniagaan Kereta Terpakai (HCUC)

Next post

Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas Dilancarkan - RM136,888

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *