Motosikal / Lain Lain Roda

Giliran Suzuki GSX-S1000 Pula Masuk Pasaran Malaysia

Suzuki Malaysia menambah satu lagi model baharu ke dalam barisan penawaran mereka yang sedia ada menerusi kemasukan Suzuki GSX-S1000. Ia boleh dikatakan sebagai versi naked kepada GSX-R1000 dan GSX-R1000R yang dilancarkan sebelum ini.

Seperti model-model superbike tersebut, GSX-S1000 dikuasakan oleh enjin DOHC empat silinder bersesaran 999 cc namun kuasanya diturunkan dari 202 PS/117 Nm kepada 152 PS/106 Nm supaya lebih sesuai untuk kegunaan harian.

Enjin ini dipadankan dengan sistem ekzos 4-2-1 telah dikemaskini dengan menampilkan sistem Suzuki Exhaust Tuning (SET), unit peredam, penukar bermangkin baharu, serta rekaan kebuk yang disemak semula bagi memenuhi piawaian emisi Euro 5.

Kuasa disalurkan ke roda menerusi transmisi enam kelajuan yang dilengkapi dengan Suzuki Clutch Assist System (SCAS) yang dikatakan mampu memberikan nyahpecutan yang lebih lancar serta kawalan yang lebih baik terutama ketika menurunkan posisi gear, selain memberikan operasi klac yang lebih ringan.

Bukan itu sahaja, sistem Bi-directional Quick Shift pula membolehkan penunggang menukar gear dengan lebih cepat dan lebih lancar tanpa menggunakan tuil klac. Turut disertakan adalah ciri ‘auto blipping’ semasa menurunkan gear.

Suzuki GSX-S1000

Untuk mod tunggangan, penunggang boleh menggunakan Suzuki Drive Model Selector (SDMS) yang menawarkan tiga pilihan tindak balas pendikit dan karakteristik tork ketika memecut berdasarkan keperluan.

Suzuki Traction Control System (STCS) pula mempunyai dengan lima tetapan serta mod OFF bagi memberikan penunggang kawalan yang lebih meyakinkan di dalam situasi yang berbeza dan dalam masa yang sama mengurangkan tekanan dan keletihan.

GSX-S1000 dibina menggunakan rangka aluminium jenis twin-spar yang lebih tegar dan ringan. Di depan, terdapat fork terbalik KYB 43 mm yang boleh dilaras sepenuhnya, manakala di belakang ada lengan ayun aloi aluminium yang dipinjam daripada GSX-R1000.

Suzuki GSX-S1000

Sistem brek pula terdiri daripada angkup Brembo empat omboh monobloc dengan rotor berkembar
terapung berukuran 310 mm yang diperkuatkan lagi dengan ABS.

Boleh didapati dalam warna Metallic Triton Blue, Suzuki GSX-S1000 dijual pada harga RM76,900 tidak termasuk insurans dan pendaftaran. Seperti model-model lain yang ditawarkan oleh Suzuki Malaysia, ia didatangkan dengan jaminan pengeluar untuk tempoh dua tahun atau 20,000 km.

Previous post

Nissan Micra Electric Akan Dibuat Di Perancis Untuk Eropah

Next post

Prototaip Maserati Grecale Sedang Diuji Dalam Suhu Subzero

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *