Motosikal / Lain Lain Roda

Suzuki Kembali Ke Malaysia Dengan 6 Model Baharu

Hampir setahun yang lalu, Suzuki Malaysia Sdn. Bhd. mengumumkan yang mereka akan membawa semula motosikal Suzuki ke pasaran Malaysia. Kini, syarikat itu telah menjadikannya rasmi dengan pelancaran enam model baharu yang disokong oleh rangkaian yang terdiri daripada lebih 70 pusat jualan dan servis di seluruh negara.

Model-model yang dilancarkan adalah GSX-R1000 (RM99,289), GSX-R1000R (RM110,289), Katana (RM77,989), GSX-S750 (RM40,989), V-Strom 650XT (RM37,989) dan SV 650 (RM37,289).

Suzuki Malaysia diterajui oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Ahmad Faez bin Tan Sri Yahaya dan Pengurus Besar dan Pengarah, Dato’ Jeffrey Lim, pasukan sama yang menerajui Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. Pasukan pengurusan ini mempunyai pengalaman lebih 33 tahun di dalam industri motosikal.

Mengambil alih peranan Suzuki Assemblers Malaysia, Suzuki Malaysia ialah pengimport, pengedar dan pemasang tunggal dan eksklusif untuk semua motosikal, ATV, alat ganti dan aksesori Suzuki di Malaysia. Ibu pejabat mereka terletak di Hicom Glenmarie Industrial Park di Shah Alam, Selangor, iaitu di lokasi yang sama dengan Kawasaki Motors (Malaysia).

Menurut Dato’ Jeffrey Lim, syarikat mempunyai rancangan untuk melancarkan produk-produk tersebut lebih awal tetapi tidak dapat berbuat demikian akibat penularan wabak COVID-19 yang tidak dijangka.

Bagi meluaskan capaian pelanggan, Suzuki Malaysia telah membangunkan tiga kategori pengedar seperti berikut:

  • Suzuki Big Bike World – pengedar bertaraf elit yang mempunyai bilik pameran lengkap untuk kesemua produk motosikal Suzuki
  • Suzuki Station Plus – ditempatkan di lokasi strategik di seluruh negara, menjual model di bawah 800 cc
  • Suzuki Station – menjual model sehingga 250 cc, fokus bajet, mempunyai rangkaian yang lebih luas untuk pasaran yang lebih menyeluruh
Suzuki SV650

Perkhidmatan selepas jualan pula dibahagikan kepada dua katergori. Suzuki Exclusive Service Centre menyediakan khidmat selepas jualan untuk semua model Suzuki, dengan fasiliti, perkakasan dan peralatan yang lengkap di dalam sebuah bengkel yang luas.

Sementara itu, Suzuki Service Corner pula pada dasarnya sama sahaja seperti Suzuki Exclusive Service Centre cuma ia berskala lebih kecil bagi mensasarkan lokasi yang lebih meluas untuk memberi liputan dan khidmat kepada lebih ramai pelanggan.

Previous post

SOCAR, TNB Bergabung untuk Mempercepat Adaptasi EV

Next post

Geely Emgrand Generasi Ke-4 Dilancarkan Di China

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *