Insuran / Waranti

Allianz Malaysia Melantik Sean Wang Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif

Encik Sean Wang Akan Menjadi CEO baharu Allianz Malaysia Berhad Berkuatkuasa 1 Jan 2022

Kenyataan Media

Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) telah melantik Sean Wang sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)nya berkuat kuasa 1 Januari 2022.

Sean mengambil alih daripada Zakri Khir, yang akan bersara daripada jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia berkuat kuasa 31 Disember 2021, berikutan tempoh perkhidmatan yang luar biasa sebagai Country Manager dalam kerjayanya selama 21 tahun bersama Allianz. Berkuat kuasa 1 Januari 2022, Zakri akan dilantik sebagai Non-Independent Non-Executive Director untuk Allianz Malaysia.

Sean Wang

Sean will also take on the role of Executive Director of Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) effective 1 January 2022. On 1 July this year, he also succeeded Zakri as CEO of Allianz General.

Sean menyertai Allianz pada 2004 dan telah memacu pelbagai transformasi perniagaan dan operasi, termasuk transformasi tuntutan motor Allianz General yang membawa kepada pengenalan Allianz Road Rangers, perkhidmatan bantuan kemalangan motor di seluruh negara yang pertama dalam industri pada 2017. Sebelum pelantikannya, Sean adalah Ketua Pegawai Operasi (COO) untuk Allianz Malaysia dan Allianz General.

Zakri Khir

On the announcement, Allianz Malaysia Group Chairman, Tan Sri Datuk (Dr.) Rafiah Binti Salim said: “While we thank Zakri for his impeccable leadership, the Board is well pleased to see Sean take over the reins as CEO of Allianz Malaysia and Allianz General. Sean has always demonstrated bold enthusiasm and drive and given his familiarity of the Allianz Malaysia Group and its business philosophies, we are confident that he will be able to lead the company to greater heights.” 

Tentang Allianz Malaysia

Allianz Malaysia adalah syarikat pemegangan pelaburan untuk perniagaan insurans nyawa, harta benda dan kasualti.

Allianz Malaysia Berhad (“AMB”) adalah sebahagian daripada Kumpulan Allianz di Jerman. Kumpulan Allianz diasaskan pada tahun 1890 di Jerman. Dengan kira-kira 147,000 pekerja di seluruh dunia, Kumpulan Allianz memberi perkhidmatan kepada lebih 100 juta pelanggan di kira-kira 70 negara*.

Allianz secara rasmi menjejakkan kaki di Malaysia pada tahun 2001 apabila ia menjadi controlling shareholder Allianz General Insurance Malaysia Berhad (“AGIM”). Pada tahun 2007, perniagaan insurans am AGIM telah dipindahkan kepada anak syarikat milik penuhnya, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (“Allianz General”). Selepas selesai pemindahan perniagaan insurans am, AGIM menukar namanya kepada Allianz Malaysia Berhad (“AMB”). AMB ialah syarikat pemegangan pelaburan yang mempunyai dua anak syarikat milik penuh – Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (“Allianz Life”) dan Allianz General.

Disenaraikan di bawah Bursa Malaysia, AMB mengeluarkan Laporan Tahunannya sendiri. Pada tahun 2011, AMB mengeluarkan Sustainability Report pertamanya untuk mewujudkan ketelusan dengan melaporkan non-financial performance mereka.

Allianz General ialah salah satu syarikat insurans am terkemuka di Malaysia dan mempunyai spektrum perkhidmatan yang luas dalam insurans motor, talian peribadi, perniagaan perusahaan kecil hingga sederhana dan risiko industri besar. Allianz Life menawarkan rangkaian komprehensif insurans nyawa dan kesihatan serta produk berkaitan pelaburan dan merupakan salah satu syarikat insurans nyawa yang paling pesat berkembang di Malaysia.

Dengan 32 cawangan di bandar-bandar utama di seluruh negara, Allianz Malaysia berhasrat untuk membezakan dirinya sebagai penyedia perkhidmatan kewangan yang paling dipercayai untuk memenuhi keperluan seumur hidup rakyat Malaysia dan pada masa yang sama, memainkan peranan sebagai warga korporat yang bertanggungjawab.

Previous post

Genesis G90 Serba Baharu Dapat Bahagian Dalaman Yang Hebat

Next post

Ken Block Masih Ada Dan Bekerjasama Dengan Audi Elektrik

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *