Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Ken Block Masih Ada Dan Bekerjasama Dengan Audi Elektrik

Ya. Pemandu cross rali Ken Block masih ada … dan kini bekerjasama dengan Audi untuk mencipta Audi S1 e-tron quattro Hoonitron elektrik one-off ini.

Kira-kira 10-15 tahun yang lalu, Ken Block meletop dalam arena rali dengan kerjaya yang berjaya dan dia mempopularkan gymkhana – satu bentuk autocross yang melibatkan banyak drifting, spinning, reversing dan lagi. Dia masih popular dan masih mempunyai peminat. Dan sekarang, Audi telah menyerahkan kepadanya prototaip gymkhana serba elektrik one-off yang mengambil inspirasi daripada kereta lumba Audi Sport Quattro S1 Pikes Peak yang asal.

Audi S1 e-tron quattro Hoonitron bertukar daripada konsep kepada realiti dalam masa empat minggu sahaja. Biasanya proses itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya setahun, tetapi pasukan reka bentuk Audi sangat bersemangat mengenainya sehingga mereka melangkau membina model skala. Kenderaan itu telah dipandu oleh Ken Block, tetapi rakaman itu tidak disiarkan. Ia akan digunakan dalam acara Electrikhana yang akan datang.

Berikut ialah siaran media Audi dengan maklumat lanjut.

MEDIA RELEASE

Audi has presented the Audi S1 e-tron quattro Hoonitron that it has exclusively and uniquely developed for American drift artist Ken Block. This all-electric one-of-a-kind car will be the protagonist in a new video that Block is producing together with his team for release in the next few months.

Two electric motors, all-wheel drive, power galore, a carbon fiber chassis, and the full safety standards as prescribed by motorsport’s top governing body, the FIA – these are merely the S1 Hoonitron’s statistics. In November 2021, the driver got to know the car for the first time.

The entire development, including the technology, of the S1 Hoonitron was conducted by Audi Sport at the Neckarsulm location – a perfect fit for the project, because that’s also where the Audi RS e-tron GT is produced. Audi Design in Ingolstadt was responsible for the styling, which has been anything but a run-of-the-mill job for Marc Lichte and his team.

Fans will be able to see the US star’s success with the project for themselves: under the working title Elektrikhana, Ken Block and his team are going to produce a video of his famous Gymkhana series featuring the S1 Hoonitron.

Previous post

Allianz Malaysia Melantik Sean Wang Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif

Next post

BMW Pasang Pengecas Pantas DC Di Auto Bavaria Ara Damansara

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published.