Berita Auto

Allianz General Memperkenalkan Allianz Road Rangers dan 7 Kemudahan Baru Pelanggan

Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad baru-baru ini melancarkan perkhidmatan Allianz Road Rangers yang merupakan sebahagian daripada transformasi tuntutan syarikat itu yang bertujuan untuk mengutamakan pelanggan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ia mempunyai tujuh kemudahan seperti Pusat Panggilan Kemalangan 24-jam, Allianz Road Rangers dan Bantuan Tuntutan untuk memastikan proses membuat tuntutan kemalangan yang lancar dan mudah.

Allianz Road Rangers telah mula beroperasi sejak 3 Januari 2017 dan buat masa ini perkhidmatan ini hanya terdapat di Lembah Klang. Tujuh kemudahan baru tersebut adalah:

Pusat Panggilan Kemalangan 24-jam

Kesemua panggilan kemalangan jalan raya dan SOS akan dihantar ke Pusat Panggilan Kecemasan yang baru sahaja ditubuhkan.

Allianz Road Rangers: Pasukan Bermotosikal

Pasukan bermotosikal yang dianggotai seramai 20 orang penunggang yang juga merupakan Unit Respons Pertama akan menjadi yang pertama untuk tiba ke tempat kejadian sejurus panggilan diterima. Pasukan ini akan menyediakan air minuman dan bantuan pertolongan cemas (jika perlu) dan akan menemani pelanggan sehingga trak tunda tiba.

Allianz Road Rangers: Trak tunda

Pasukan yang terdiri daripada 15 trak tunda yang masing-masing dilengkapi dengan GPS; CCTV di depan dan belakang trak serta di dalam kabin; perakam suara kabin; dolly wheel; jumper booster; dan pam udara.

Pengendali trak tunda akan menunda kenderaan pelanggan ke balai polis (untuk membuat laporan polis) dan kemudian ke Bengkel Panel Allianz bertauliah atau bengkel francais atas permintaan.

Bantuan Tuntutan

Wakil Bantuan Tuntutan Allianz akan berada di stesen-stesen polis utama untuk mengiringi pelanggan apabila ingin membuat laporan polis dan menjelaskan proses tuntutan dengan lebih lanjut.

Servis Pengangkutan

Perkhidmatan pengangkutan perkongsian (ride sharing) yang terpilih akan disediakan bagi penumpang untuk dihantar pulang ke rumah mereka (dalam jarak yang ditetapkan).

Tuntutan Motor ODX Allianz

Tuntutan Kerosakan Sendiri (Own Damage, OD) yang layak akan dinilai dan diberi kos pembaikan kenderaan melalui proses terus tanpa campur tangan mana-mana pihak dalam masa 10 minit hingga sejam.

Penghantaran kenderaan

Pelanggan boleh memilih sama ada ingin kenderaan mereka yang siap dibaiki dihantar terus ke rumah, pejabat atau lokasi pilihan yang lain (dalam jarak tertentu) tanpa perlu mengambilnya dari bengkel.

Transformasi tuntutan motor Allianz telah bermula sejak bulan September lalu dengan pelancaran Tuntutan Motor ODX Allianz dan dilengkapkan dengan pelancaran Allianz Road Rangers.

Sekiranya berlaku kemalangan, pelanggan Allianz boleh terus menghubungi Pusat Panggilan Kemalangan 24-jam di talian 1800-88- 6278.

Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan baru Allianz Road Rangers, layari laman web korporat Allianz Malaysia di allianz.com.my atau hubungi Wakil Khidmat Pelanggan Allianz di talian 1300-88- 1028 atau melalui emel di customer.service@allianz.com.my.

Previous post

Allianz Malaysia Anjur Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina

Next post

Robert Bosch Melaporkan Keuntungan Menurun Bagi Tahun 2016

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *