Berita Auto

Ford Everest Generasi Baharu Jalani Fasa Ujian Terakhir

Ford Everest generasi semasa boleh dikatakan sudah agak tua kerana ia diperkenalkan buat pertama kali pada November 2014. Namun menurut jenama Blue Oval itu, model generasi baharu akan tiba tidak lama lagi dan ia kini sedang menjalani fasa ujian terakhir sebelum pengenalannya yang dijadualkan berlangsung pada suku pertama 2022.

Model prototaip ini masih lagi memakai pelekat samaran namun reka bentuk bahagian hadapannya yang tidak ubah seperti Ranger baharu dan Maverick jelas kelihatan. Ia menampilkan lampu hadapan berbentuk dan gril berbentuk petak lengkap dengan bar berkembar.

Ketiadaan bed menjadikan bahagian belakang Everest kelihatan lebih menarik dengan rekaan lampu melintang yang diihiasi dengan grafik berbentuk L dan signatur bersegmen, berbeza dengan Ranger dan Maverick yang mempunyai lampu menegak. Lampu-lampu ini dihubungkan dengan bar melintang berwarna gelap.

Ford Everest

Mengenai pelekat penyamaran itu, ia merupakan hasil rekaan Lee Imrie, pereka bentuk luaran Ford Australia. Grafik digital itu mempunyai jalur-jalur reflektik yang membuatkan Everest kelihatan menonjol pada waktu malam, serta bentuk segi empat tepat yang dicondongkan pada sudut 45 darjah yang diilhamkan oleh puncak gunung.

Menurut Imrie, pelekat penyamaran tersebut menggunakan tiga warna iaitu kelabu meteor, hitam dan putih. Ketiga-tiga warna ini mungkin ditawarkan pada Everest apabila ia memasuki pasaran kelak.

Setakat ini, Ford tidak menyiarkan gambar ruang dalaman namun ia dijangkakan tidak jauh berbeza dengan rekaan kabin Ranger, bermakna ia akan mempunyai skrin infotainmen potret dan kluster instrumen digital sepenuhnya seperti trak pikap itu.

Untuk enjin pula, Everest mungkin hadir dengan pilihan enjin yang sama seperti Ranger iaitu enjin 3.0-liter turbodiesel V6 dan 2.0-liter biturbo empat silinder, dengan transmisi automatik 10 kelajuan sebagai satu-satunya pilihan transmisi.

Previous post

Proton Beri Diskaun Alat Ganti 20% Kepada Mangsa Banjir

Next post

Modenas Lancar Kempen Bantu Pelanggan Terjejas Akibat Banjir

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *