Kemalangan / Rosak / Recall

Proton Beri Diskaun Alat Ganti 20% Kepada Mangsa Banjir

Akibat banjir baru-baru ini yang menjejaskan beberapa kawasan di bahagian Barat dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Proton mengumumkan akan menawarkan pertolongan kepada pelanggan yang keretanya mengalami kerosakan. Tawaran ini terbuka kepada semua pemilik model Proton.

“Fenomena banjir baru-baru ini telah menjejaskan beribu orang terutama sekali di Selangor dan Shah Alam, di mana terletaknya ibu pejabat Proton. Ramai pelanggan kami mengalami kerosakan tempat tinggal serta perniagaan mereka dan ini termasuk kereta mereka juga. Oleh itu, kami ingin menghulurkan bantuan untuk memastikan kenderaan mereka boleh diperbaiki dan memberi keyakinan bahawa pelanggan kami adalah keutamaan utama syarikat,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.

Diskaun sebanyak 20% bagi alat ganti tertentu dan caj buruh akan diberi kepada semua pelanggan yang terjejas oleh banjir dan telah melakukan laporan polis tentang kejadian itu. Bukan itu sahaja, syarikat itu juga akan menanggung caj tunda sebanyak RM200 dan caj pembersihan bahagian luar dan ruang enjin sebanyak RM100.

Proton

“Keadaan yang luar biasa memerlukan tindak balas yang luar biasa. Proton akan berusaha untuk menentukan kenderaan pelanggan diperbaiki secepat mungkin dan menasihati mereka untuk terus ke pusat perkhidmatan kami supaya dapat menikmati faedah ini. Lebih lagi, alat gentian tulen akan diberi jaminan jadi mereka yakin kualiti kerja pembaikan kami.

“Proton agak bertuah kerana banjir baru-baru ini tidak menjejaskan barisan pengeluaran kami tetapi lebih dari 1,000 warga Proton telah terjejas. Oleh itu ahli-ahli Kelab Proton, organisasi sosial dan kesejahteraan dalaman untuk semua kakitangan, telah diaktifkan untuk menyediakan pakej penjagaan serta menawarkan servis pembersihan kepada rakan rakan dan keluarga mereka,” tambah Roslan Abdullah.

Untuk penerangan lanjut, hubungi talian pelanggan Proton di 1-800-88-8398.

Previous post

SUV China Untung Besar Terima Kasih Kepada Kekurangan Cip

Next post

Ford Everest Generasi Baharu Jalani Fasa Ujian Terakhir

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *