Promosi / Tawaran / PeraduanUndang - Undang

Bayaran Diskaun Saman PDRM/JPJ ‘Keluarga Malaysia’ Boleh Dibuat Online

Sekarang adalah masa terbaik untuk menjelaskan semua saman anda yang belum berbayar

Bersempena dengan ‘100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia’, yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 9 hingga 12 Disember 2021, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan diskaun untuk menyelesaikan saman tertunggak anda jika ada.

Kenyataan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM

DISKAUN PENGURANGAN SAMAN PDRM

Bersempena dengan sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan pengurangan bayaran saman sehingga 80% bermula dari 9 hingga 12 Disember 2021.

Pembayaran saman boleh dibuat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), portal dan aplikasi mudah alih MyBayar Saman dan di semua kaunter bayaran trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Daerah seluruh negara selama tempoh (4) hari sahaja.

Semoga seluruh Keluarga Malaysia memperoleh manfaat daripada pengurangan saman ini bagi mengurangkan beban akibat situasi sukar semasa pandemik Covid-19.

Diskaun ini adalah untuk semua jenis kesalahan kecuali yang disenaraikan di bawah:

Kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)

JPJ di PROGRAM 100 HARI ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA

Kunjungi kaunter JPJ (Booth No.15, Kementerian Pengangkutan Malaysia) di Hall 1 & 4, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 – 12 Disember 2021 dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam.

JPJ juga menawarkan diskaun 80% pengurangan kadar kompaun saman yang boleh dikompaun (kecuali kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan) dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Pembayaran juga boleh dibuat di booth JPJ di KLCC, kaunter pejabat JPJ seluruh Malaysia, kiosk dan Portal JPJ.

Jumpa anda disana!

Previous post

Ford Ranger WildTrak Sport Dilancarkan - RM158,388

Next post

Lexus NX Serba Baharu Dilancarkan Di Thailand – Lexus PHEV Pertama Mereka

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *