Berita Auto

Porsche Cayenne Akan Dipasang Di Kulim – Harga Bermula Dari RM550k

Sime Darby Auto Performance (SDAP) mengesahkan bahawa Porsche Cayenne akan dipasang secara tempatan (CKD) di Kulim, Kedah. Ini merupakan kali pertama model itu dipasang di luar Eropah, menandakan komitmen jenama itu terhadap pasaran Malaysian dan rantau ASEAN.

Bukan itu sahaja, Cayenne versi CKD juga akan didatangkan standard dengan pelbagai kelengkapan baharu yang sebelum ini ditawarkan secara opsyen. Ini termasuk lampu LED Porsche Dynamic Light System (PDLS), lampu LED, tiga pilihan warna metalik dengan aksen hitam, serta rim RS Spyder berukuran 21 inci.

Porsche Cayenne CKD

Di dalam, terdapat sistem audio Bose, dua pilihan upholsteri kulit, sistem pendingin hawa empat zon, ciri pelarasan 14 hala dan fungsi memori pada tempat duduk, serta penghadang cahaya matahari elektrik untuk tingkap belakang.

Sistem bantuan pemandu turut dipertingkatkan dengan ciri-ciri baharu seperti Comfort Access dan ParkAssist. Sementara itu, sistem infohibur merangkumi Porsche Communication Management dengan paparan berukuran 12 inci, Apple CarPlay dan pelbagai servis Porsche Connect.

Ciri-ciri tersebut disertakan secara standard bersama dengan Porsche Advanced Cockpit, stereng sport multifungsi, paddle shifter dan Direct Touch Control pada konsol tengah.

Lebih menarik lagi, SDAP turut menawarkan pakej Porsche Exclusive Manufaktur yang merangkumi pakej kosmetik SportDesign, tint pada lampu hadapan dan belakang, sistem ekzos sport dengan paip berkembar, kemasan karbon untuk bahagian dalaman dan rim 22 inci.

Porsche Cayenne CKD

Harga Cayenne CKD bermula dari RM550,000, dengan penghantara dijangka bermula Mac 2022. Pelanggan boleh membuat tempahan secara dalam talian di mycayenne.online. Menerusi laman web ini, mereka bukan sahaja boleh memilih pakej Porsche Exclusive Manufaktur serta aksesori Porsche Tequipment, malah boleh mereka sendiri dan memesan tangan Porsche Design.

Previous post

Honda City Hatchback Kini Dibuka Untuk Tempahan

Next post

Video Upacara VOTY - Vehicle Of The Year 2021 Sudah Diterbitkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *