Anugerah / VOTY / Pameran Motor

Video Upacara VOTY – Vehicle Of The Year 2021 Sudah Diterbitkan

Sila tonton di laman youtube: https://youtu.be/u5GRXqc9kOA

Like, comment, share, subscribe dan tekan loceng notifikasi. Terima kasih.

Upacara VOTY 2021 diadakan di LaSalle Hall, Petaling Jaya pada 26 Oktober 2021 yang lalu dan di hadiri oleh hanya seorang atau dua wakil dari pemain industri yang berkenaan mematuhi segala syarat SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Anugerah utama VOTY 2021 dimenangi oleh sebuah kereta sedan segmen B hibrid.

Tentang Anugerah Vehicle of the Year (VOTY):

Proses kami mudah dan telus.

Semua kereta yang dilancarkan dalam tempoh 12 bulan dari 2020 layak untuk dicalonkan dalam anugerah ini. Kami menghubungi semua syarikat kereta yang beroperasi di negara ini untuk meminta kenderaan untuk dipandu uji. Tiada yuran penyertaan dan syarikat tidak perlu membeli meja untuk majlis tersebut. Apa yang diperlukan adalah kereta baharu dan kebenaran untuk kami menilainya.

Kira-kira sebulan sebelum acara berlangsung, keempat-empat juri dari DSF.my dan gohedgostan.com (Daniel Sherman Fernandez, Ross Hadi, Subhash Nair dan Amirul Mukminin) membincangkan pemenang bagi setiap kategori. Juri hanya boleh mengundi kereta yang telah diuji. Mana-mana model yang mendapat majoriti mudah akan dipilih sebagai pemenang kategori masing-masing.

Penaja utama kami iaitu Allianz mengiktiraf integriti pasukan kami dan semua pihak yang terlibat dalam menentukan pemenang. Kami berharap anda menghargai usaha setiap pihak yang terlibat dan memberi maklum balas bagaimana anugerah ini boleh dimantapkan lagi pada masa akan datang.

Previous post

Porsche Cayenne Akan Dipasang Di Kulim - Harga Bermula Dari RM550k

Next post

Geely Sahkan Lynk & Co Akan Masuk Pasaran Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *