Bisnes

Porsche Akan Mulakan Operasi CKD Di Kulim Pada 2022

Nampaknya desas-desus mengenai Porsche merancang untuk memasang kenderaan mereka di Malaysia terbukti benar. Hari ini, pengeluar kereta sport dari Jerman itu telah mengesahkan yang mereka akan memulakan operasi pemasangan tempatan (CKD) di Kulim, Kedah bermula tahun hadapan.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-77

Dijalankan dengan kerjasama Sime Darby Berhad, operasi CKD ini akan meletakkan Malaysia sebagai negara pertama di rantau ASEAN yang mempunyai fasiliti pemasangan Porsche. Kilang berskala kecil ini akan menjadi lokasi pemasangan akhir model-model tertentu yang disesuaikan khas untuk pasaran tempatan dan hanya boleh didapati di Malaysia. Ia akan beroperasi bersama rangkai produksi Porsche di Eropah.

Usaha ini selaras dengan perancangan Porsche untuk memperkukuhkan lagi kehadirannya di pasaran Asia Tenggara yang sedang berkembang pesat. Selain itu, syarikat itu juga akan mewujudkan sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan di China.

“Kami bertuah kerana dengan perancangan yang teliti, kilang-kilang sedia ada kami lebih dari mampu memenuhi permintaan global semasa dan masa hadapan untuk kereta-kereta kami,” kata Albrecht Reimold, Ahli Lembaga Eksekutif Produksi dan Logistik Porsche.

Porsche Taycan

“Bagaimanapun, kilang pemasangan baharu di Malaysia memenuhi permintaan spesifik pasaran dan walaupun ia merupakan projek ‘standalone’ dengan kapasiti dan saiz yang sederhana, ia membuktikan kesungguhan kami untuk belajar dan menyesuaikan diri dengan keadaan pasaran tempatan,” tambah beliau.

Sejak 10 tahun yang lalu, Porsche telah bekerjasama secara rapat dengan Sime Darby Berhad selaku pengimport dan pengedar eksklusif jenama itu di Malaysia. Keserasian antara kedua-dua syarikat ini terbukti apabila penyerahan kenderaan Porsche menyaksikan peningkatan sebanyak sembilan peratus pada tahun lalu.

“Malaysia dan keseluruhan ASEAN adalah rantau yang mempunyai potensi hebat dan kami tidak sabar untuk menyerahkan model pemasangan tempatan kepada pelanggan kami tahun hadapan,” kata Detlev von Platen, Ahi Lembaga Eksekutif Jualan dan Pemasaran Porsche.

Previous post

Toyota Fortuner GR Sport Debut di Thailand

Next post

Indonesia Akan Menjadi Tuan Rumah Ujian Pra Musim MotoGP Di Mandalika

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *