Cerita Auto

Harga Suzuki Jimny Mahal Gila Tetapi Sold Out

Habis dijual di Malaysia Untuk 2021. Waiting list kini sudah menjangkau 4 bulan di Malaysia.

Seketika sebelum Suzuki Jimny dilancarkan di Malaysia, terdapat beberapa tanggapan negatif di media sosial kepada harga jualannya yang dianggarkan sekitar RM160,000.

Penjaga jenama baharu, Naza Eastern tidak mengendahkannya dan meneruskan pelancarannya secara senyap dengan sedikit saja sambutan dan mengumumkan harga jualan ialah RM168,900 tanpa diskaun langsung.

Sekarang, diakhir bulan November 2021, tepat 30 hari selepas pelancaran rasminya di Malaysia, Naza Eastern telah menyerahkan 109 unit Jimny ini kepada rakyat Malaysia dan terdapat senarai menunggu yang menjangkau sehingga 4 bulan. Ya, ada 109 rakyat Malaysia yang sedang memandu Jimny mahal gila baharu ini dan ada 40 lagi daripada rakyat Malaysia telah membayar harga yang diminta iaitu RM168,900 dan menunggu 4 bulan untuk mendapatkan Suzuki Jimny baharu mereka.

Sementara itu, terdapat pengedar kereta terpakai AP Approved Permit mengimport dan menjual Jimny pada harga tinggi melebihi RM200k pada tahun sebelumnya dan tiada sesiapa pun di media sosial yang mengulas mengenainya.

Kami juga pernah spotted model Suzuki Jimny Sierra 2019 dalam Jungle Green dan dengan kotak gear manual 5-kelajuan yang jarang, untuk dijual pada harga tinggi yang tidak masuk akal iaitu RM220,000 tanpa jaminan atau selepas jualan dan sejurus selepas breaking news kami tentang pembukaan bilik pameran Suzuki pada bulan Mac tahun ini, harganya turun kepada RM169,000, yang juga, masih lagi terlalu mahal.

Harga jualan yang sepatutnya hendaklah tidak melebihi RM99,900 untuk unit baik pulih 3 tahun terpakai kerana model Jimny sebelum ini telah dilancarkan di Malaysia, diimport sepenuhnya dari Jepun daripada hanya RM87,000 kepada RM92,000.

Dengan adanya 109 + 40 hamba Allah yang sama ada terlalu banyak duit sehinggakan tak peduli berapa harganya, mereka masih akan membelinya, atau ada diantara mereka itu yang tidak sedar yang mereka telah membayar terlalu banyak untuknya, kita peminat yang serdahana saja ini, kempunan sajalah. Mimpi sajalah. Terlalu ramai orang Malaysia yang tak pedulikan harga mahal. Mereka pakat beli saja.

Sedangkan Land Rover berharga lebih RM700,000 hingga RM900,000 pun boleh habis dijual sekelip mata. Orang Malaysia ini kaya rayalah.

Mereka tak peduli. Tak soal. Tak kisah. Got buyer, got seller lah.

MEDIA RELEASE: Suzuki Motor Corporation launched this 4th generation all-new Jimny 4WD in Japan on 5 July 2018 for the first time in 20 years. Its authentic off-road functions and performances have been enhanced, and this all-new Jimny compact car has been installed with a newly-developed 1.5 litre engine.

1.5-litre engine

The former 1.3-litre engine is replaced by a 1.5-litre engine in the all-new Jimny. It delivers stronger torque at all rpm than its predecessor, with ample torque at low revolutions enhancing driving performance especially while driving off-road, where low revolution is often needed. Despite the increased displacement, it has smaller overall dimensions than the engine it replaces, with 15 percent reduced weight, contributing to enhanced fuel efficiency.

4-speed automatic transmission

The 4-speed automatic transmission has also been redesigned to offer less friction and better fuel economy. The shift pattern has been changed from the former gate type to the straight (aligned) type to simplify operation.

There no question that this latest Jimny is desirable on myriad fronts; the combination of nonconformist styling, a superbly crafted and functional cabin, plus robust engineering is a tribute to every Jimny that has come before it.

Well this 4th-generation Jimny, in many ways is the most complete Jimny ever produced and we would like one.

Suzuki-Jimny-Sales-Up-In-2021_steering-6.0

Suzuki fans should keep a close eye on Suzuki Malaysia’s Facebook and Instagram pages or visit the Suzuki Malaysia website at www.suzukimalaysia.com for more updates.

Previous post

Porsche 911 GT3 Kini Di Malaysia - Harga Dari RM1.8 Juta

Next post

Kia Carnival Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published.