Cerita Auto

Suzuki Jimny Akhirnya Masuk Pasaran Malaysia – RM168,900

Seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini, Suzuki Jimny akhirnya dilancarkan untuk pasaran Malaysia menerusi Naza Eastern Motors selaku pengedar rasmi jenama Suzuki di negara ini. Model generasi keempat ini hadir sebagai model CBU dari Jepun dengan harga RM168,900 (harga atas jalan, tidak termasuk SST).

Untuk pasaran Malaysia, Jimny hadir dengan enjin petrol 1.5-liter yang menghasilkan 100 hp pada 6,000 rpm dan 130 Nm pada 4,000 rpm. Kuasa disalurkan oleh transmisi automatik empat kelajuan yang digandingkan dengan sistem pacuan empat roda AllGrip Pro dan ‘low-range transfer case’.

Suzuki Jimny

Dibangunkan khas untuk pemanduan off-road, Jimny dibina di atas kerangka jenis ladder frame dengan sistem suspensi jenis ‘three-link rigid axle’ dan jarak lega tanah 210 mm. Selain itu, SUV seberat 1,095 kg ini turut dilengkapi dengan teknologi Hill-Descent dan Hill-Hold.

Ruang dalamannya menampilkan konfigurasi empat tempat duduk, dengan kerusi pemandu dan penumpang hadan yang lebar dan kerusi belakang yang boleh dilipat sepenuhnya untuk menghasilkan ruang kargo sebesar 830 liter.

Walaupun dibangunkan untuk aktiviti lasak, Jimny dilengkapi dengan beberapa ciri keselesaan seperti kawalan sistem pendingin hawa digital, stereng yang dibalut kulit dan skrin infotainmen dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Ia boleh didapati dalam empat warna iaitu Kinetic Yellow & Bluish Black Pearl, Jungle Green, Medium Grey dan Bluish Black Pearl.

Mereka yang berminat boleh melihat dengan lebih dekat Suzuki Jimny di bilik pameran Suzuki yang terletak di Naza Automall, Petaling Jaya. Pelanggan juga boleh membuat tempahan pandu uji menerusi talian 03 7952 7017 atau layari laman web www.suzukimalaysia.com untuk maklumat lanjut.

Previous post

Maybach Rai Ulang Tahun Ke-100 Dengan Dua Model Edisi Terhad

Next post

BMW Malaysia Lancar BMW iX Configurator, Ada 7 Pilihan Pakej

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *