Promosi / Tawaran / Peraduan

TC Subaru Tawar Promosi ‘Pandu Sekarang, Bayar Kemudian’ Untuk Forester

Perkhidmatan ‘beli sekarang, bayar kemudian’ semakin popular di Malaysia dan trend itu nampaknya mula tersebar ke industri automotif. Contohnya, TC Subaru baru-baru ini melancarkan promosi ‘Pandu Sekarang, Bayar Kemudian’ (Drive Now, Pay Later), sekaligus menjadikannya antara syarikat kereta terawal di negara ini yang menawarkan perkhidmatan tersebut.

Menurut syarikat itu, tawaran ini adalah eksklusif untuk pelanggan Maybank yang ingin membeli Subaru Forester baharu bermula sekarang hingga 31 Disember 2021.

Forester dijual pada harga bermula dari RM163,788 dan didatangkan dalam enam varian seperti berikut:

Subaru Forester

Pelanggan yang layak untuk promosi ini hanya perlu membuat pembayaran ansuran bulanan 15 bulan selepas menerima kereta baharu mereka.

Setiap Forester baharu yang dibeli menerusi promosi ini didatangkan dengan jaminan komprehensif selama lima tahun dan perkhidmatan Subaru Eco Sterilising In-Cabin 3D Spray bernilai RM1,200 secara percuma. Semburan ini boleh menyingkirkan sehingga 99 peratus bakteria dan virus berbahaya.

Selain itu, pelanggan juga boleh menukar beli (trade in) kenderaan lama mereka menerusi program tukar beli khas TC Subaru untuk menikmati lebih nilai.

Promosi ini boleh didapati untuk unit tahun keluaran terpilih, selagi stok masih ada.

Previous post

Pengeluaran Kenderaan Naik 229% Pada bulan September 2021

Next post

Harley-Davidson Sportster S Tiba Di Malaysia - RM92,900

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *