Berita Auto

Subaru Forester GT Lite Edition Dilancarkan

TC Subaru Sdn Bhd hari ini melancarkan Subaru Forester GT Lite Edition khas untuk mereka yang mahukan penampilan lebih sporty dan rugged, di samping keseronokan memandu sebuah SUV.

Menggunakan varian 2.0i-L sebagai asas, Forester GT Lite Edition menampilkan kit badan GT yang merangkumi lip pada bampar hadapan dan belakang, skirting sisi, spoiler bumbung serta muncung ekzos yang lebih besar.

Selain itu, ia juga didatangkan penambahan kelengkapan berupa paparan sistem audio berukuran lapan inci dan ciri Around View Monitor 360 darjah yang membolehkan pemandu memarkir dengan lebih mudah.

Model ini boleh didapati dalam tujuh warna iaitu Crystal White Pearl, Ice Silver Metallic, Jasper Green Metallic, Horizon Blue Pearl, Sepia Bronze Metallic, Dark Grey Metallic dan Crystal Black Silica.

Tiada sebarang penambahbaikan mekanikal pada Forester GT Lite Edition, bermakna ia kekal dengan enjin boxer 2.0-liter empat silinder yang menghasilkan 156 PS/196 Nm dan transmisi Lineatronic CVT yang menyalurkan kuasa menerusi sistem pacuan semua roda Symmetrical All-Wheel-Drive.

Ciri-ciri lain yang turut terdapat pada model ini adalah jarak lega tanah sebanyak 220 mm, mod pemanduan X-Mode dan tujuh beg udara.

Boleh didapati di bilik pameran Subaru di seluruh negara, Forester GT Lite Edition dijual pada harga RM163,788 (harga atas jalan tidak termasuk insurans).

Previous post

Kenderaan Elektrik MG5 Menjadi Sebahagian Armada Teksi England

Next post

LMS Audi RS3 Generasi ke-2 Didedahkan - Dibina Untuk Perlumbaan Pelanggan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *