Promosi / Tawaran / Peraduan

Nikmati Rebat RM1,000, Diskaun Sehingga RM10,000 Di Volkswagen Tour

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) sedang mengadakan siri jelajah Volkswagen (Volkswagen Tour) di Centre Court, Old Wing di pusat beli-belah 1 Utama dari 13 hingga 17 Oktober.

Tarikan utama acara ini adalah pelanggan yang menempah model terpilih Volkswagen akan menikmati rebat eksklusif bernilai RM1,000, diskaun tambahan sehingga RM10,000, insurans percuma setahun dan sudah tentu, pengecualian cukai jualan.

Bukan itu sahaja, dengan stok yang kini tersedia, pelanggan tidak perlu menunggu untuk mendapatkan kereta Volkswagen baharu mereka.

Selain itu, pengunjung juga boleh memandu uji beberapa model Volkswagen yang disediakan sepanjang acara tersebut berlangsung. Antara model yang boleh dipandu uji adalah Arteon R-Line 4MOTION, Passat Elegance, Passat R-Line, Tiguan Allspace Highline dan Tiguan Allspace R-Line.

Bagi memastikan keselamatan pengunjung terjaga, pihak penganjur akan mengamalkan SOP ketat sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, di samping melaksanakan langkah-langkah #SafeHands.

Previous post

Mitsubishi Outlander Terima Anugerah 10 Ruang Dalaman Terbaik WardsAuto

Next post

Lexus ES 250 Versi 2021 Dilancarkan Di Malaysia - Dari RM295k

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *