Undang - Undang

JPJ: Perbaharui Cukai Jalan, Lesen Anda Sebelum 30 September

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia dalam satu kenyataan mengingatkan orang ramai agar memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang telah tamat tempoh sebelum 30 September 2021. Menurut jabatan itu, tempoh pelanjutan pembaharuan tidak akan dilanjutkan lagi selepas tarikh berkenaan.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-15

Sementara itu, pemilik kenderaan yang cukai jalannya telah tamat tempoh perlu memastikan kenderaan masing-masing mempunyai perlindungan insurans yang sah. Mereka perlu menunjukkan salinan perlidungan insurans (e-cover note) sekiranya diminta pihak berkuasa.

Penting untuk pengguna jalan raya memastikan cukai jalan dan lesen mereka diperbaharui sebelum tarikh akhir tersebut kerana menurut JPJ, aktiviti pemantauan pematuhan dan penguatkuasaan akan dijalankan oleh pihak mereka dengan kerjasama PDRM bermula 1 Oktober.

Dengan pengumuman ini, JPJ menyarankan orang ramai untuk membuat urusniaga secara dalam talian menerusi portal mySIKAP atau myEG. Untuk urusniaga yang tidak dapat dilakukan secara dalam talian, orang ramai boleh membuat janji temu (secara dalam talian atau panggilan telefon) sebelum mengunjungi cawangan JPJ di seluruh negara.

Jabatan itu turut mengesahkan yang POS Malaysia akan menyambung semula operasi urusniaga JPJ di semua 650 cawangannya di seluruh negara mulai 9 Ogos 2021. JPJ akan memastikan bekalan dan stok lesen dan dokumen cukai jalan mencukupi.

Previous post

Kenderaan Honda e Electric Sudah Ada Di Malaysia Tetapi Recon

Next post

Jualan Toyota di AS dan China Kembali Ke Tahap Pra-Pandemik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *