Undang - Undang

JPJ Menangguhkan Pembaharuan Cukai Jalan Di Pejabat Pos Di Seluruh Negara

Pemandu berlesen masih boleh mengoperasikan kenderaan bermotor mereka dengan syarat kenderaan tersebut mempunyai sijil insurans yang sah

Pos Malaysia telah mengeluarkan kenyataan semalam yang mengumumkan penangguhan sementara pembaharuan cukai jalan untuk kenderaan persendirian di semua pejabat pos di seluruh negara, berkuat kuasa 23 Februari hingga 31 Mac.

Menurut Pos Malaysia, arahan untuk menghentikan perkhidmatan itu datang dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dengan tanpa alasan yang diberikan.

“Semua perkhidmatan lain termasuk pembaharuan lesen memandu dan insurans kenderaan masih tersedia di semua pejabat pos di seluruh negara,” menurut kenyataan itu.

Pada bulan Januari yang lepas, Kementerian Pengangkutan mengumumkan bahawa semua pemilik kenderaan persendirian dikecualikan daripada memperbaharui lesen kenderaan motor (LKM) dan lesen memandu kompeten (CDL) sehingga 31 Mac. Ini dilakukan sebagai tindak balas kepada penguatkuasaan PKP 2.0.

road-tax-suspended-POS-Notice-2.0

Menteri Pengangkutan Dato Wee Ka Siong mengatakan bahawa pemandu berlesen masih boleh mengoperasikan kenderaan bermotor mereka dengan syarat kenderaan tersebut mempunyai sijil insuran yang sah (nota e-cover). Pemandu diminta untuk menunjukkan nota e-cover di kenderaan mereka atau membawanya kepada anggota penguat kuasa lalu lintas bila diminta.

Menteri itu menambah bahawa pemegang lesen CDL dan LKM yang telah tamat tempoh mesti memperbaharui lesen yang berkaitan dalam masa 30 hari hingga 30 April selepas tempoh pengecualian.

Keputusan untuk mengecualikan pembaharuan LKM dan CDL adalah serupa dengan yang diberikan semasa PKP yang pertama tahun lalu.

Previous post

Honda Malaysia Sumbang Bantuan Banjir, Pelindung Muka Dan Komputer Riba

Next post

Pemandu Perodua Myvi Langgar Van Dan Waja Ditahan Reman 2 Hari

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *