Cerita Auto

Allianz Kongsi 9 Tips Pemanduan Selamat

Walaupun jumlah kenderaan berkurangan di jalan raya berikutan sekatan perjalanan, ia tidak menghalang pengguna jalan raya untuk memandu dengan laju.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-59

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), 418,237 kemalangan jalan raya telah dilaporkan pada tahun 2020 walaupun terdapat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kurang kenderaan di jalan raya tahun lepas.

“Kadang-kala, apabila lebuhraya dan simpang jalan hampir kosong ini boleh menimbulkan keinginan untuk memandu laju atau melanggar peraturan lalu lintas. Seseorang mungkin berfikir tidak salah untuk sekali sekala melanggar peraturan, tetapi ia boleh mendatangkan masalah. Anda mungkin terdedah kepada risiko dan bahaya ketika berada di atas jalan raya kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa,” kata Damian Williams, Ketua Tuntutan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

Porsche-accident-Vellfire-at-the-scene-2.0

“Sebenarnya, walaupun terdapat pelbagai PKP tahun lepas, perkhidmatan bantuan tepi jalan dan kemalangan kami – Allianz Road Rangers – telah berkhidmat kepada lebih 67,000 pelanggan di seluruh negara. Jadi, pengurangan kenderaan di jalan raya tidak bermakna tiada kemalangan, dan kita harus sentiasa beringat untuk kekal selamat dan sentiasa berjaga-jaga ketika berada di jalan raya,” tambah Damian.

Berikut adalah sembilan tip keselamatan jalan raya mudah yang boleh diamalkan sepanjang tahun.

  1. Utamakan keselamatan. Kunci pintu dan sentiasa pakai tali pinggang keledar. Pastikan barangan anda selamat dan terkawal, serta pastikan kenderaan anda mempunyai minyak yang secukupnya.
  2. Pemanduan defensif adalah perlu dan kekal berjaga-jaga. Anggap apa sahaja boleh terjadi seperti pemandu lain tidak memberikan laluan, ada pemandu yang akan melanggar lampu merah, mengekori anda terlalu rapat, dan mungkin mempunyai lampu brek yang tidak berfungsi.
  3. Berbudi bahasa di jalan raya. Beri laluan kepada pengguna jalan raya yang lain, sama ada penunggang motosikal atau basikal, pelari, serta pejalan kaki.
  4. Pastikan tiada gangguan. Ini termasuk penggunaan telefon bimbit, sistem navigasi kenderaan atau konsol digital, atau menukar stesen radio.
  5. Jangan mengekori dengan rapat. Ini akan memberikan anda masa yang cukup untuk menghentikan kereta jika berlaku kecemasan. Juga lebihkan jarak ketika berdepan dengan cuaca buruk.
  6. Jangan melebihi had laju. Jangan rasa tertekan untuk memecut apabila berdepan dengan pemandu yang tidak sabar. Ia adalah tanggungjawab anda untuk memandu pada kelajuan yang sesuai dengan keadaan sekeliling.
  7. Kenal pasti titik buta anda. Setiap kenderaan mempunyai titik buta yang melibatkan mana-mana kawasan yang dihalang oleh tiang depan dan belakang kenderaan anda.
  8. Amalkan rutin ‘fikir, lihat, beri isyarat dan lihat kembali’ apabila anda mula bergerak, membelok, menukar laluan, berhenti, memotong, atau membuat pergerakan yang lain.
  9. Katakan tidak kepada memandu konvoi dengan rakan. Ini kerana ia boleh mengakibatkan anda untuk memecut, melanggar lampu merah, atau menukar laluan dengan segera. Jika anda menghala ke lokasi yang sama, pilih untuk mengunakan sistem navigasi sendiri.

Berikut adalah beberapa perkara tambahan untuk dipertimbangkan:

  • Jangan melebihi beban kenderaan anda, sama ada dari segi penumpang atau muatan.
  • Sebelum memandu, rancang perjalanan anda. Peruntukkan masa yang cukup untuk tiba ke destinasi anda, jangan terburu-buru.
  • Jangan tinggalkan kunci kereta di dalam suis pencucuh atau tinggalkan enjin kereta hidupuntuk tempoh masa yang lama.
  • Jangan tinggalkan anak anda di dalam kereta berseorangan, dan sentiasa periksa tempat duduk belakang sebelum anda masuk atau tinggalkan kereta.
  • Letak kereta anda di tempat letak khusus dengan elok untuk tidak mengganggu atau membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Di samping itu, ia juga penting untuk memiliki insurans dan rakan insurans yang tepat! Jika anda seorang pemegang polisi Komprehensif Motor (Kereta Persendirian) dengan Allianz, hubungi Allianz Road Rangers di 1-800-22-5542 untuk apa juga bantuan tepi jalan atau kemalangan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkhidmatan Allianz Road Rangers, layari allianz.com.my/road-rangers.

Previous post

Adakah Ini Perodua Myvi Hybrid Baru Untuk 2022

Next post

Subaru Mengumumkan Harga BRZ 2022 Untuk Amerika Utara

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *