Gaya Hidup

Siri Perlumbaan Virtual Michelin 2021 Dilancarkan Di Malaysia – Hadiah Bernilai RM70,000

Michelin Malaysia buat julung kalinya melancarkan Siri Perlumbaan Virtual Michelin 2021 di Gran Turismo Sport di Playstation 4. Mereka yang berminat boleh mendaftar dengan menghantar catatan masa yang dibuat mulai hari ini sehingga 27 Jun.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-26

94 peserta terbaik dengan catatan masa paling pantas akan melalui Sesi Pengesahan, dan kemudian menyertai perlumbaan dalam Pusingan Kejohanan, di mana mereka berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik dengan jumlah nilai RM70,000, termasuk ganjaran berupa tayar kereta penumpang dan barangan eksklusif Michelin.

Siri perlumbaan virtual ini merupakan langkah pertama Michelin dalam industri e-sukan tempatan, mencerminkan hala tuju baharu jenama ini dalam menjulang keinklusifan mobiliti – “Motion for Life”. Ia merupakan acara e-Perlumbaan rasmi yang disokong oleh Persatuan Permotoran Malaysia (MAM).

Dibuka kepada umum, Siri Perlumbaan Virtual Michelin 2021 akan berlangsung dalam tiga fasa dalam tempoh enam minggu yang akan datang. Ia bermula dengan pendaftaran ujian masa yang dibuka pada hari ini sehingga 27 Jun, 11:59 malam. 94 peserta terbaik dengan catatan masa paling pantas di litar Sardegna Road Track A II menggunakan BMW M6 GT3 M Power yang dilengkapi dengan tayar medium perlumbaan akan mara ke Sesi Pengesahan.

Setelah fasa pengesahan selesai (30 Jun hingga 6 Julai), para peserta akan dibahagikan mengikut kumpulan untuk menyertai Pusingan Kejohanan Siri Perlumbaan Virtual Michelin 2021. Peringkat Pusingan akan berlangsung sepanjang dua minggu yang selanjutnya – 10 & 11 Julai serta 17 & 18 Julai.

Para peserta berpeluang untuk membawa pulang pelbagai hadiah eksklusif dalam kategori-kategori yang disenaraikan di bawah:

Peringkat Pusingan Kejohanan akan disiarkan secara langsung dan warga umum boleh menonton aksi Siri Perlumbaan Virtual Michelin 2021 di https://www.facebook.com/MichelinMalaysia.

Untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai Siri Perlumbaan Virtual Michelin 2021, sila layari http://vracingseries2021.michelin.com.my.

Previous post

Tawaran Istimewa Volkswagen Sepanjang Jun

Next post

Toyota Mendedahkan Land Cruiser Siri 300 Semua Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *