Berita Auto

Tayar Michelin Primacy SUV+ Dilancarkan Di Malaysia

Michelin Malaysia baru-baru ini melancarkan satu lagi produk ke pasaran tempatan iaitu tayar Michelin Primacy SUV+ yang hadir dengan penambahbaikan prestasi dan lebih banyak pilihan saiz bagi memenuhi permintaan pasaran SUV yang semakin berkembang.

Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Oliver Biggart berkongsi: “Diunjurkan bahawa dari tahun 2021 hingga 2026, pasaran SUV di benua Asia Timur akan terus berkembang sebanyak 5.9% saban tahun dan akan menggapai pertumbuhan sebanyak 33% menjelang 2026.”

Tayar MIchelin Primacy SUV+ dilengkapi dengan ciri-ciri teknologi baharu seperti:

  • Rekaan dinding sisi ‘MICHELIN Premium Touch’* dengan tekstur mikro umpama baldu (velvet) yang memperkayakan lagi estetika SUV yang mengenakan tayar ini.
  • Kandungan silika lebih tinggi dan polimer fungsia meningkatkan prestasi pembrekan basah dan kering tanpa mengkompromikan daya perbatuan atau rintangan guling.
  • MaxTouch Construction yang mengoptimumkan permukaan kontak bagi menjamin kehausan yang sekata serta jangka hayat bunga tayar yang lebih panjang.

Selain itu, ia juga menampilkan ciri kedalaman penuh dan sisip (sipe) berketumpatan tinggi dengan rekaan alur berbentuk U untuk mengekalkan taraf keselamatan yang tertinggi walaupun setelah tayar tersebut haus – khususnya di atas jalan basah.

Blok bunga tayar dengan permukaan serong pula mencegah blok tersebut daripada mengherot akibat tekanan, manakala sisip StabiliGrip untuk prestasi pembrekan basah dan kering yang lebih cemerlang, disumbang oleh ciri ketegaran yang optimum serta daya pemugaran air yang lebih baik.

Berdasarkan hasil ujian di atas jalan basah, apabila dibandingkan dengan pesaing-pesaing utamanya, tayar Primacy SUV+ mampu berhenti dalam jarak 3.3 meter lebih singkat dalam keadaan baharu, dan 4.2 meter lebih singkat dalam keadaan haus jika dibandingkan dengan pesaing-pesaing utamanya.

Di atas jalan kering, dalam keadaan baharu, ia mampu berhenti dalam jarak 2.3 meter lebih singkat. Sementara itu, daya perbatuannya pula adalah 10% lebih jauh berbanding nilai purata pesaing.

Tayar Michelin Primacy SUV+ kini boleh didapati di semua pusat pengedar Michelin yang bertauliah di seluruh Malaysia dalam 26 dimensi, termasuk tujuh yang baharu, bersaiz dari 16 hingga 20 inci.

Previous post

Tempahan Toyota Corolla GR Hot Hatch Dibuka Bulan Depan

Next post

Van Elektrik DFSK EC35 Kini Di Malaysia Dengan Harga RM130,000!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *