Promosi / Tawaran / Peraduan

Tawaran Istimewa Volkswagen Sepanjang Jun

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mengumumkan tawaran istimewa yang tidak wajar dilepaskan sepanjang Jun.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-27

Eksklusif di eShowroom

Promosi Jun menyaksikan peningkatan penjimatan sebanyak RM1,500 untuk pembelian varian Passat dan RM1,000 bagi model Tiguan Allspace Highline.

Pelanggan yang membuat tempahan untuk Passat di eShowroom akan menerima penjimatan tambahan. Passat Elegance dan varian lebih sporty, Passat R-Line kini hadir dengan penjimatan eksklusif sebanyak RM5,000 di samping promosi sedia ada.

Bagi peminat SUV pula, sila manfaatkan peluang penjimatan sebanyak RM4,500 di eShowroom, selain promosi sedia ada yang ditawarkan ke atas Tiguan Allspace Highline.

Pelan pembayaran selepas jualan dengan kadar faedah 0%

Bermula 1 Jun, pelanggan boleh mendapatkan kewangan yang lebih fleksibel melalui pelan ansuran 0% tanpa faedah, ketika membayar kos servis atau pembaikan menggunakan kad kredit. Boleh didapati di pusat servis sah Volkswagen yang terpilih, pelan pembayaran itu boleh dibahagikan kepada 6 atau 12 bulan, bergantung kepada bank yang dipilih. Pemilik dinasihatkan supaya bertanya kepada pengedar mengenai terma dan syaratnya secara spesifik.

Pakej Aksesori Tiguan Allspace

Pemilik Tiguan Allspace akan menikmati diskaun sebanyak 15% apabila membeli pakej aksesori baharu untuk varian Highline dan R-Line.

Dengan tawaran ini, pakej aksesori Tiguan Allspace Highline ditawarkan pada harga RM1,082. Pakej aksesori tersebut merangkumi scuff plate, pedal aluminium (1 set), pelindung bucu (load edge protector), penahan lumpur belakang (1 set), pemijak sisi dan pelapik ruang kargo (luggage compartment liner).

Pakej akseori Tiguan R-Line pula berharga RM4,464 dengan penjimatan sebanyak RM787. Pakej itu terdiri daripada pelindung bucu, pemijak sisi dan pelapik ruang kargo.

Tempahan untuk membeli kit dan temu janji pemasangan boleh diuruskan dengan menghubungi pusat servis Volkswagen.

Kempen Servis Volkswagen

Kempen Servis Selepas Jualan telah dilanjutkan hingga 30 Jun. Pemilik yang menghantar kenderaan untuk diservis akan menikmati penjimatan sebanyak 20% ke atas minyak enjin tulen. Mereka yang berbelanja minimum RM1,200 pula akan menerima kit penjagaan kereta secara percuma yang merangkumi pengilat wax, syampu wax, pengilat cermin, penjagaan plastik dan kulit dalam botol 50ml.

Di bawah inisiatif ‘Safe Hands’, pusat servis Volkswagen akan mengikuti garis panduan yang ketat. Ia merangkumi penerimaan kenderaan tanpa sentuhan, penerangan kereta melalui video, sanitasi sebelum dan selepas servis, serta pembayaran tanpa tunai melalui e-invois.

Para pemilik kenderaan dinasihatkan supaya menempah slot servis mereka secara dalam talian. Mereka juga boleh memilih perkhidmatan ambil dan hantar kereta untuk diservis secara percuma tanpa perlu keluar dari rumah. Waktu operasi pengedar boleh didapati di laman web.

Previous post

Facelift BMW X3 Dan X4 Didedahkan

Next post

Siri Perlumbaan Virtual Michelin 2021 Dilancarkan Di Malaysia - Hadiah Bernilai RM70,000

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *