Hibrid, Elektrik, Hidrogen

E-Legend EL1 Adalah Jelmaan Audi Sport Quattro Versi Elektrik

Audi Sport Quattro merupakan salah satu model yang paling ikonik pada era 80an. Dikuasakan oleh enjin turbo lima silinder sebaris yang menggerakkan roda menerusi sistem pacuan semua roda unik Audi, kereta itu dianggap sebagai ‘game changer’ dalam sukan rali.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-70

Kini, jentera berstatus lagenda itu telah ‘dihidupkan’ semula sebagai kenderaan elektrik oleh sebuah syarikat dari Jerman iaitu E-Legend. Dikenali sebagai EL1, ia akan ditawarkan dalam bilangan yang terhad iaitu 30 unit dengan harga bermula dari 890,000 euro (RM4.4 juta).

‘Nadi’ EL1 terdiri daripada tiga buah motor elektrik (satu pada gandar hadapan, dua pada gandar belakang) yang mendapat bekalan tenaga daripada pek bateri berkapasiti 90 kWj yang dikatakan menggunakan teknologi 800 volt yang sama dengan Porsche Taycan. Turut disertakan adalah sistem penyejukan sofistikated untuk bateri tersebut.

Gandingan tiga buah motor elektrik itu menghasilkan kuasa keseluruhan berjumlah 805 hp (600 kW) dan dengan adanya sistem pacuan semua roda, membolehkan EL1 memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 2.8 saat dan 200 km/j dalam kurang 10 saat.

Untuk jarak pemanduan, pek bateri berkenaan membolehkan EL1 dipandu sejauh sehingga 400 km atau mengelilingi litar Nurburgring Nordschleife sebanyak dua kali dalam mod pemanduan Sport Plus.

EL1 dilaporkan mempunyai berat keseluruhan 1,680 kg, agak rendah untuk sebuah kenderaan elektrik yang mempunyai tiga buah motor elektrik. Sebagai contoh, kedua-dua Taycan dan Tesla Model S mempunyai berat melebihi dua tan. Ini berkemungkinan dari penggunaan casis monocoque casis dan pelbagai lagi langkah pengurangan berat.

E-Legend EL1

Dari segi reka bentuk, model ini jelas mempunyai bentuk badan dan saiz yang hampir sama dengan Sport Quattro, serta beberapa elemen rekaan yang dipinjam daripada model itu seperti lampu berbentuk segi empat, tiga lubang angin pada bahagian hadapan, dapra yang lebar dan bahagian belakang yang rata.

Di dalam, anda akan menemui reka bentuk ruang kabin yang minimalis dengan empat buah paparan. Namun harus diingat bahawa gambar-gambar ini adalah lakaran digital sahaja, jadi mungkin ada beberapa bahagian yang akan diubah apabila kereta ini memasuki fasa produksi kelak.

Previous post

Go Charge Go Asia Ingin Mengilang Bateri EV Di Malaysia

Next post

Renault Menandatangani Urus Janji Bateri EV Dengan Envision Dan Verko

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *