Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha NMAX Dapat 2 Warna Kelabu Baharu Untuk 2021

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini melancarkan Yamaha NMAX versi 2021 yang boleh didapati dalam dua warna baharu iaitu Power Grey dan Icon Grey. Seperti sebelum ini, ia dijual pada harga RM8,998 tidak termasuk insurans dan pendaftaran.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-71

Diperkenalkan pada Disember tahun lalu, NMAX hadir dengan lampu utama LED yang mempunyai enam mentol (empat untuk lampu rendah, dua untuk lampu tinggi), lampu belakang LED dengan grafik tiga dimensi dan lampu kecemasan.

Kuasa dibekalkan oleh enjin Blue Core 150 cc silinder tunggal yang mampu menjana 15.4 PS pada 8,000 rpm dan 13.9 Nm pada 6,000 rpm. Enjin itu mempunyai teknologi suntikan bahan api dan sejukan cecair, serta dipadankan dengan transmisi jenis CVT.

Ia juga dilengkapi dengan Starter Generator Control Unit yang memastikan bunyi yang senyap semasa enjin dihidupkan dan sistem Stop & Go yang berfungsi mematikan enjin apabila skuter berhenti di lampu isyarat, sekaligus mengurangkan pembaziran petrol.

Selain itu, ciri-ciri lain yang terdapat pada NMax termasuklah panel meter LCD, soket 12 V, ruang penyimpanan barang berkapsiti 23.3 liter serta dua cangkuk topi keledar.

Previous post

Honda Civic Mugen RR Ini Berharga Lebih Setengah Juta

Next post

Subaru Levorg Menang Best Award NCAP Jepun 2020

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *