Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha NMax Baharu Dilancarkan di Malaysia

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengumumkan ketibaan Yamaha NMax baharu. Dijual pada harga RM8,998 (tidak termasuk insurans dan pendaftaran), skuter ini boleh didapati dalam dua warna menarik iaitu Yamaha Grey dan Red Matte.

Untuk model tahun 2021, NMax diberikan reka bentuk yang lebih segar bersama pelbagai ciri baharu seperti lampu utama LED dengan enam mentol (empat untuk lampu rendah, dua untuk lampu tinggi), lampu belakang LED dengan grafik tiga dimensi dan lampu kecemasan, serta panel meter LCD yang boleh diakses dengan butang menu pada sebelah kiri bar hendal.

NMax dikuasakan oleh enjin Blue Core berkapasiti 155 cc, silinder tunggal dengan teknologi suntikan bahan api dan sejukan cecair. Dipadankan dengan transmisi jenis CVT, enjin tersebut menghasilkan 15.4 PS pada 8,000 rpm dan 13.9 Nm pada 6,000 rpm.

Selain itu, enjin tersebut turut dilengkapi dengan Starter Generator Control Unit yang memastikan bunyi yang senyap semasa enjin dihidupkan. Sistem Stop & Go pula berfungsi untuk mematikan enjin apabila skuter berhenti di lampu isyarat, sekaligus mengurangkan pembaziran petrol. Model ini mempunyai tangki bahan api berkapasiti 7.1 liter.

Bagi memberikan lebih kemudahan dan keselesaan kepada penunggang, NMax turut menampilkan tempat letak kaki yang lebih lebar, soket 12 V serta ruang penyimpanan barang sebesar 23.3 liter yang boleh memuatkan sebuah topi keledar muka penuh bersaiz XL serta pelbagai barangan lain. Turut disertakan adalah dua cangkuk topi keledar pada bahagian badan skuter.

Previous post

Perodua Catat Jualan 23,119 Unit Pada November 2020

Next post

UMW Toyota Panggil Semula 12,997 Unit Hilux dan Fortuner

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *