Berita Auto

Ferrari Portofino Terima Talaan Mansory

Mansory sememangnya terkenal dengan rekaannya yang gila-gila. Tak percaya? Lihat sahaja Ferrari F8 Tributo, Lamborghini Aventador SVJ dan Audi RS6 Avant yang telah ditala oleh syarikat itu. Bagaimanapun, hasil tangan terbarunya yang berasaskan Ferrari Portofino ini boleh dikatakan lebih sederhana dan ‘bertamadun’.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-20

Seperti biasa, komponen-komponen yang diperbuat daripada gentian karbon digunakan bagi mencantikkan lagi penampilan jentera yang memang sudah sedia mempersonakan itu. Ini termasuklah splitter hadapan, skirt sisi, spoiler belakang, diffuser dan juga keseluruhan bumbung ‘hardtop’ yang boleh dilipat.

Untuk ruang dalaman pula, Mansory memilih untuk menggunakan upholsteri kulit mewah berwarna hitam untuk menghiasi tempat duduk, panel pintu dan papan pemuka. Seperti bahagian luaran, warna kuning pada jahitan tempat duduk, keliling corong pendingin hawa serta butang-butang kawalan memberikan efek kontras yang menonjol. Logo kuda Ferrari pada stereng digantikan dengan logo Mansory.

Selain penampilan, aspek mekanikal turut diberikan perhatian. Terima kasih pada talaan pada ECU serta penggunaan sistem ekzos baharu, enjin 3.9-liter twin-turbo V8 itu kini menghasilkan 720 PS dan 890 Nm, menunjukkan peningkatan sebanyak 120 PS dan 130 Nm berbanding versi standard.

Dengan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan yang memacu roda belakang, supercar convertible ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam tiga saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 334 km/j.

Previous post

Porsche Perkenal Kotak Bumbung Performance Untuk Taycan

Next post

Daihatsu Ayla Bertenaga Rotary Ini Hebat, Tetapi Ia Hanya Impian

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *