Berita Auto

Mansory Cabrera – Aventador SVJ Yang Disuntik Steroid

Selepas memperkenalkan pakej naik taraf Audi RS6 Avant beberapa hari lalu, Mansory kini kembali lagi dengan rekaan terbarunya yang dikenali sebagai Cabrera.

Dinamakan sempena lembu laga dari Sepanyol, Cabrera dibina berasaskan Lamborghini Aventador SVJ. Pengeluaran model ini akan dihadkan kepada tiga unit sahaja untuk pasaran global.

Jentera ini menampilkan kit badan aerodinamik yang diperbuat daripada gentian karbon serta rim berukuran 20 inci (hadapan) dan 20 inci (belakang) yang dibalut tayar Pirelli P Zero.

Mansory menyediakan kit badan, malah turut mereka bentuk lampu LED baharu yang mempunyai kluster empat poin. Selain itu, warna hijau Vento Verde turut memberikan Cabrera penampilan yang lebih eksklusif.

Selain upholsteri Alcantara, ruang kabin turut menampilkan warna hijau yang sama manakala perincian ‘Forged Carbon’ pula menghiasi konsol tengah, pintu dan stereng.

Jika 760 hp dan 720 Nm yang ada pada Aventador SVJ dirasakan tidak mencukupi, Mansory telah menala semula enjin 6.5-liter V12 untuk menghasilkan 800 hp dan 780 Nm. Ini membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 2.6 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 355 km/j.

Previous post

Lexus LM300h Dilancarkan di Thailand

Next post

Toyota Gazoo Racing Festival Pusingan 4 Ditutup Kepada Pengunjung

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *