Berita Auto

GR Dan Modellista Perkenal Pakej Untuk Toyota Camry

Sejak sekian lama, Toyota Camry dianggap sebagai kereta untuk orang berusia dek kerana reka bentuknya yang agak membosankan. Bagaimanapun, tanggapan itu berubah dengan model generasi kelapan (XV70) yang hadir dengan penampilan yang lebih bertenaga.

Tidak cukup dengan itu, pemilik Camry XV70 di Jepun yang ingin memberikan suntikan segar kepada kereta mereka kini boleh mendapatkan kit badan GR dan Modellista.

Antara dua pakej ini, pakej GR dilihat lebih sporty dan agresif dengan bukaan udara yang lebih besar pada bahagian kiri dan kanan bampar hadapan. Turut disertakan adalah splitter hadapan, skirt sisi dan diffuser belakang lengkap dengan sepasang muncung ekzos berkembar.

Sebagai pelengkap imej, pelanggan juga boleh mendapatkan rim 19 inci berwarna hitam berkilat yang didatangkan dengan rekaan yang rumit.

Sementara itu, pakej Modellista pula dilihat sesuai untuk mereka yang mahukan penampilan lebih elegan dan mewah dengan kemasan krom pada bampar hadapan, skirt sisi dan bampar belakang. Jika ini tidak mencukupi, kemasan krom untuk jeriji, lampu belakang dan spoiler turut ditawarkan.

Apa yang menarik, pakej ini ditawarkan dengan rim Weds Leonis LV berukuran 19 inci yang dipadankan dengan tayar Yokohama Advan Sport V105.

Previous post

Pratonton Geely KX 11 SUV Sebelum Pembukaan Auto Shanghai 2021

Next post

BMW Group Financial Services Malaysia Membantu Mendorong Penerimagunaan Kerusi Kereta Kanak-Kanak di Malaysia.

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *