Khidmat Masyarakat

BMW Group Financial Services Malaysia Membantu Mendorong Penerimagunaan Kerusi Kereta Kanak-Kanak di Malaysia.

Dana yang dikumpul melalui kontrak pelanggan di BMW Engage bantu mensubsidikan lebih daripada 300 unit kerusi kereta kanak-kanak buat para keluarga dalam komuniti B40.

BMW Group Financial Services Malaysia telah menyalurkan sumbangan bernilai lebih RM.20,000 kepada program subsidi BMW Safety 360° melalui kontrak pelanggan yang dibiayai menerusi platform pembiayaan dalam taliannya – BMW Engage.

Pada Oktober tahun lalu, platform pembiayaan yang pertama seumpamanya, BMW Engage yang telah diperkenalkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia telah memberi komitmen bagi pihak pelanggannya untuk menyumbang RM100 kepada program subsidi berkenaan bagi setiap kontrak yang diluluskan di platform tersebut.

“Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami boleh mensubsidikan lebih daripada 300 unit kerusi kereta kanak-kanak bagi keluarga yang memerlukan, menerusi sumbangan yang dikumpulkan di platform kami ini sejak tiga bulan yang lalu. Kami menghargai para pelanggan kami yang telah memainkan peranan yang penting dalam inisiatif pengumpulan dana ini. Meskipun kita dibatasi dengan jarak fizikal ketika ini, kami ingin terus menggiatkan penerimagunaan kerusi kereta kanak-kanak untuk memastikan keselamatan kanak-kanak di atas jalan raya dapat dipelihara,” ujar Tobias Eismann, Pengarah Urusan BMW Group Financial Services Malaysia.

Diperkenalkan buat pertama kali pada bulan Disember 2019, program subsidi BMW Safety 360° telah merekodkan lebih daripada 25,000 permohonan oleh para ibu bapa dalam kumpulan pendapatan B40 – sekali gus memperlihatkan betapa mustahaknya akses ke atas kerusi kereta kanak-kanak di Malaysia ketika ini. Program tersebut juga mendapat sokongan Shopee yang mengambil bahagian sebagai Rakan Penaung E-Dagang Eksklusif; termasuk KU.KU Duckbill dan Otomo, iaitu jenama barangan bayi dan kanak-kanak; Mideer, pengedar alat mainan dan didikan; Ankou, pembekal solusi pengedap stor makanan; dan Kakimotor, pembekal alat ganti dan aksesori kereta, yang turut membantu mendorong lagi kadar penerimagunaan kerusi kereta kanak-kanak di Malaysia.

Setiap kerusi kereta kanak-kanak ditawarkan dengan subsidi bernilai RM50, serta subsidi caj penghantaran bernilai RM13, termasuk diskaun harga oleh Safe ‘n Sound yang eksklusif bagi para benefisiari program ini. Sehubungan itu, para benefisiari akan memperoleh baucar Shopee bernilai RM113 yang boleh digunakan bagi pembelian yang dibuat melalui laman mikro khas ini: https://shopee.com.my/m/bmw-child-safety-seat-subsidy-programme.

“Meskipun penguatkuasaan penggunaan kerusi kereta kanak-kanak telah ditangguhkan buat sementara waktu, BMW Group Malaysia terus berusaha untuk menggalakkan penerimagunaan kerusi kereta kanak-kanak melalui Program BMW Safety 360°. Kami percaya ia merupakan tanggungjawab yang dikongsi bukan sahaja bersama rakan-rakan penaung kami, malah para keluarga dan seluruh warga komuniti, demi menaik taraf tahap keselamatan para pengguna jalan raya – sungguhpun pergerakan orang ramai dibatasi ketika ini,” jelas Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat di BMW Group Malaysia.

Tambah Ambi, “BMW Group Malaysia juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat Malaysia. Kami mendoakan agar anda sekeluarga dirahmati dengan keselamatan, kesihatan dan kemakmuran sempena Tahun Lembu ini.”

Untuk maklumat lanjut mengenai BMW Engage atau untuk memperoleh prakelulusan bagi pembiayaan anda, sila layari https://www.bmwfs.my/.

Previous post

GR Dan Modellista Perkenal Pakej Untuk Toyota Camry

Next post

Ford S-Max, Galaxy Kini Dengan Kuasa Hibrid

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *