Cerita Auto

Hyundai Kona N Akan Hadir Dengan Enjin Turbo 2.0 Dan DCT 8 Kelajuan

Hyundai telah menyiarkan gambar teaser model N yang seterusnya iaitu Kona N, menandakan bermulanya kempen untuk SUV berprestasi tinggi itu.

Menurut Hyundai, Kona N menampilkan gabungan enjin turbo 2.0-liter dan transmisi dwi-klac lapan kelajuan yang dikenali sebagai N DCT. Jumlah kuasa tidak didedahkan namun enjin tersebut dijangka mampu menjana sehingga 275 hp seperti Veloster N (dengan Performance Package).

Seperti model N yang lain, model ini juga dilengkapi dengan pelbagai ciri pemanduan seperti Launch Control dan “pengalaman bunyi beremosi” yang mungkin merujuk kepada Electronic Sound Generator (ESG) dan sistem ekzos aktif.

Ciri-ciri lain seperti N Grin Control System, pemadanan rev, LSD dan suspensi elektronik turut dijangka disertakan.

Dari segi reka bentuk, Kona N dilihat mempunyai gril berkembar dengan bukaan udara yang besar, muncung ekzos berkembar, spoiler bumbung serta liang udara pada bahagian kiri dan kanan bampar hadapan. Rim dan cakera juga dilihat lebih besar berbanding apa yang ada pada versi standard.

Maklumat lanjut mengenai model ini akan diumumkan dalam minggu-minggu mendatang.

Previous post

Ada Sebuah Sports Wagon Subaru Levorg STI Sport Untuk Dijual

Next post

Jualan Jaguar Land Rover Susut 23.6% Pada Tahun Lalu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *