Berita Auto

Honda Odyssey Tampil Sporty Dengan Pakej Mugen

Jika tahun lalu Mugen memperkenalkan kit badan untuk Honda Civic Type R, Civic hatchback dan S660, tahun ini giliran Odyssey pula untuk menerima penambahbaikan daripada syarikat talaan terkenal itu.

Diberikan facelift pada November tahun lalu, rekaan Odyssey tidak kurang menariknya namun pakej Mugen ini akan membuatkan ia tampil lebih agresif.

Untuk bahagian luaran, Mugen menawarkan kit badan yang merangkumi splitter gentian karbon pada bampar hadapan, gril gentian karbon, kemasan skirt sisi dan spoiler belakang. Turut tersedia adalah rim aluminium berukuran 18 atau 19 inci, lengkap dengan set nat Mugen.

Jika kit badan sahaja tidak mencukupi, pelanggan juga boleh mendapatkan pelindung pemegang pintu, pemegang nombor plat gentian karbon, serta logo Mugen yang diperbuat daripada logam berkualiti tinggi.

Penambahbaikan untuk ruang dalaman pula didatangkan dalam bentuk karpet lantai termasuk lantai but dan set pedal sport.

Aksesori dan barangan lain yang ditawarkan termasuklah pad brek ‘Type Touring’, pelindung reservoir, bendalir brek prestasi tinggi, penapis minyak, minyak enjin 0W-20, serta penutup radiator.

Previous post

300 SL 'Speedster' Ini Mempunyai Enjin Supercharged AMG

Next post

Honda HR-V Generasi Ketiga Dapat Versi e:HEV

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *