Cerita Auto

Honda Civic Hatchback Dapat Aksesori Mugen

Setelah memperkenalkan kit naik taraf untuk Honda Civic Type R pada Jun lalu, Mugen kini melancarkan pula rangkaian aksesori yang pastinya akan menjadikan Civic hatchback facelift dan pra-facelift lebih memukau.

Bermula dari bahagian luaran, pelanggan boleh mendapatkan jeriji gentian karbon dengan lambang Mugen, kemasan lampu kabus, ‘under spoiler’ untuk bampar hadapan dan belakang, skirt sisi serta ‘tailgate spoiler’.

Mugen turut menawarkan dua rekaan rim berukuran 19 inci yang boleh dipadankan dengan set nat dalam kemasan perak atau hitam. Aksesori ini boleh dibeli secara berasingan atau set.

Untuk menarik lebih banyak perhatian, pelanggan juga boleh mendapatkan lampu LED belakang, visor pintu, cermin sisi gentian karbon, pelindung pemegang pintu, pemegang nombor plat gentian karbon serta lencana Mugen yang diperbuat daripada besi.

Aksesori yang ditawarkan untuk ruang dalaman termasuklah stereng sport dengan kemasan gentian karbon, kerusi ‘bucket’ FIA dengan kemasan Alcantara, karpet sport, butang penghidup enjin serta kit ‘short shifter’.

Pelanggan yang ingin meningkatkan prestasi jentera mereka boleh mendapatkan sistem ekzos sport keluli tahan karat serta set pad brek Type S dan cakera brek berukuran 282 mm.

Previous post

Pelancaran Dunia Honda City e: HEV di Petaling Jaya

Next post

BMW Malaysia Lancar Program Servis Dengan Minyak Premium Shell Helix

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *