Berita Auto

Mugen Hasilkan Pakej Naik Taraf Untuk Honda S660

Hanya beberapa hari selepas memperkenalkan pakej naik taraf untuk Honda Civic hatchback, Mugen kini kembali dengan penawaran untuk Honda S660 pula.

Untuk roadster bersaiz mini ini, ‘tuner’ terkenal dari Jepun itu menawarkan splitter hadapan serta skirt sisi lengkap dengan lubang udara pada dapra belakang. Bagaimanapun, lubang tersebut sekadar hadir sebagai hiasan dan tidak berfungsi untuk mengalirkan udara.

Di belakang, terdapat bampar dan diffuser baharu yang didatangkan dalam reka bentuk yang lebih sporty. Sebagai pelengkap pakej, pelanggan boleh mendapatkan rim berwarna kelabu gelap berukuran 15 inci di hadapan dan 16 inci di belakang.

Dari segi prestasi, enjin turbo 660 cc, tiga silinder yang digunakan oleh S660 tidak menerima sebarang penambahbaikan dan kekal dengan kuasa berjumlah 64 PS dan 104 Nm.

Bagaimanapun, untuk mendapatkan pengendalian yang lebih mantap, Mugen membangunkan kit peredam yang dikatakan mampu mengurangkan gegaran dan bunyi, serta meningkatkan kestabilan stereng.

Previous post

Kia Sorento Kini Dalam Versi PHEV

Next post

McLaren Tunjuk Casis Gentian Karbon Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *